YADIM beri sumbangan kepada pusat tahfiz

PUTRAJAYA 9 Okt. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 6 Oktober lalu telah menyampaikan sumbangan kepada Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur yang terlibat dalam tragedi kebakaran sehingga mengorbankan 23 pelajarnya pada 14 September lalu. Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Operasi YADIM, Redhauddin Kamaruzaman kepada Naib Mudir Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, […]

Austria pula haramkan burka

VIENNA 6 Okt. – Satu undang-undang yang melarang pemakaian menutup keseluruhan muka termasuk burka dan niqab dikuatkuasakan di Austria. Pengharaman tersebut juga berkuatkuasa terhadap topeng ski, penutup mulut diluar kawasan hospital dan topeng untuk parti dan sebarang acara. Menurut laporan Asian Age, undang-undang tersebut popular dengan gelaran ‘pengharaman burka’ kerana dianggap ditujukan kepada wanita Muslim […]

Bangladesh musnahkan 20 bot bawa pelarian Rohingya

SHAH PORIP DWIP 5 Okt. – Pihak berkuasa Bangladesh telah memusnahkan kira-kira 20 bot yang mengangkut pelarian Rohingya ke sempadan negara itu, kerana didakwa disalahgunakan oleh penyeludup untuk membawa masuk dadah. Memetik laporan Reuters, pengawal sempadan negara itu juga menangkap penumpang bot berkenaan yang tiba di sini pada malam Selasa lalu. Komander Border Guards Bangladesh […]

Tiga murid dilantik bilal tetap surau

PASIR MAS 5 Okt. – Tiga murid Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum (SKBJ) di sini mencipta sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai bilal tetap untuk surau di kawasan sekitar. Murid-murid tersebut ialah Muhammad Mukhlis Che Musa, 12; Muhammad Rafiq Muhammad, 10, dan Muhammad Faqih Fahmin Mohd, 10. Lebih membanggakan apabila ketiga-tiga murid yang bertugas di surau tersebut […]

KDMM 6.0 lahirkan generasi muda berjiwa dakwah

    PUTRAJAYA 5 Okt. – Dalam usaha melahirkan golongan muda berjiwa daie, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan enam siri Kem Daie Muda Matrikulasi (KDMM 6.0) secara serentak bermula 22 September hingga 24 September lalu. Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Zaman Karulani berkata, program tahunan berkenaan telah disertai seramai 700 peserta […]

OIC pantau perkembangan perjanjian hantar balik pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR, 4 Okt.  – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengikuti rapat perkembangan berhubung perjanjian antara Myanmar dan Bangladesh mengenai penubuhan sebuah kumpulan kerja untuk penghantaran pulang pelarian Rohingya. Dalam satu kenyataan disiarkan di laman web OIC, pertubuhan itu berkata, OIC percaya pelarian Rohingya harus kembali ke negara asal dengan selamat serta bermaruah dan kerajaan Myanmar […]

Banyak pusat tahfiz masih gagal patuhi peraturan keselamatan kebakaran

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) mendapati banyak pusat tahfiz di seluruh negara masih gagal mematuhi peraturan keselamatan kebakaran yang ditetapkan. Walaupun tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah di Kuala Lumpur pada 14 September lalu meragut 23 nyawa, pemeriksaan JBPM sepanjang minggu lalu menyaksikan 76 pusat tahfiz dan sekolah pondok setakat ini masih […]

USIM gondol anugerah penyelidikan, pendidikan kewangan

NILAI 4 Okt.  – Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) berjaya menggondol ‘Anugerah Penyelidikan dan Pendidikan Kewangan Islam Paling Cemerlang’ pada majlis penyampaian anugerah sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur  (KLIFF) 2017 di Hotel Istana Kuala Lumpur semalam. Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata, adalah menjadi suatu penghormatan […]

YADIM Sabah santuni Saudara Kita di pedalaman

  KOTA KINABALU 4 Okt. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah telah mengadakan program Program Sayangi Saudara Kita (Ziarah Dakwah) pada 20 September 2017 lalu bertempat di Pulau Nunuyan, Daerah Sandakan. Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program itu turut disertai oleh, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  N.42 Sungai […]

Mesir tangkap gay besar-besaran

MESIR, 3 Okt. – Penahanan seramai 22 orang tiga hari lalu adalah sebahagian tindakan tegas yang dikenakan terhadap kumpulan gay selepas bendera pelangi dinaikkan pada konsert Mashrou Leila, baru-baru ini. Pendakwa raya Mesir mengumumkan akan melakukan siasatan setelah media tempatan melancarkan kempen terhadap mereka yang menaikkan bendera pelangi pada konsert tersebut yang menampilkan kumpulan rock […]