Home » Langit Terbuka » OIC pantau perkembangan perjanjian hantar balik pelarian Rohingya

OIC pantau perkembangan perjanjian hantar balik pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR, 4 Okt.  – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengikuti rapat perkembangan berhubung perjanjian antara Myanmar dan Bangladesh mengenai penubuhan sebuah kumpulan kerja untuk penghantaran pulang pelarian Rohingya.

Dalam satu kenyataan disiarkan di laman web OIC, pertubuhan itu berkata, OIC percaya pelarian Rohingya harus kembali ke negara asal dengan selamat serta bermaruah dan kerajaan Myanmar perlu mengambil langkah konkrit bagi menangani akar umbi kepada penyebab tercetusnya ketegangan di Rakhine.

Di samping itu, OIC mengutuk keganasan sembarangan dilakukan terhadap orang awam dan menyeru kerajaan Myanmar memastikan pasukan keselamatan bertindak sewajarnya selain menghormati peraturan serta kedaulatan undang-undang.

OIC berharap kumpulan kerja yang bakal diwujudkan itu akan memberikan satu perkembangan positif.

Ia juga diharapkan berupaya menggalakkan tindakan selanjutnya bagi menangani diskriminasi terhadap Rohingya serta mengatasi cabaran ekonomi dan sosial yang sekian lama mencengkam komuniti itu.- Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *