Program CSR Sukarelawan Al-Falah di Pulau Carey

PUTRAJAYA 15 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi pasukan Sukarelawan Al-Falah telah mengadakan program khidmat bakti bagi membaik pulih Surau Ar-Rahman, Kampung Sungai Judah, Pulau Carey pada 14 November. Eksekutif Kanan Sukarelawan Al-Falah YADIM berkata, program itu melibatkan ahli-ahli pasukan Sukarelawan Al- Falah Warga Mas Shah serta warga pendidik Sekolah Kebangsaan Sungai Judah. […]

YADIM konsisten bantu saudara kita

KOTA KINABALU 14 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa komited dalam menyantuni saudara kita terutama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak kerana golongan berkenaan  perlu diberi perhatian bukan sahaja dari segi pengajaran agama tetapi juga bantuan dari segi material. Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, golongan saudara kita sememangnya sentiasa dahagakan ilmu agama […]

Program YADIM sepanjang minggu ini

PUTRAJAYA 13 Nov. – Berikut adalah beberapa program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sepanjang minggu ini: MUAMALAH MILENIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK Anjuran bersama YADIM, MAIWP dan Kolej Vokasional Matang Tarikh : 13 November 2017 Tempat : Kolej Vokasional Matang, Sarawak Penceramah : Encik Mohd Hafizal Elias (Head Of Shariah Unit, Great Eastern Takaful) Puan Suzana […]

Program street dakwah di dua lokasi

  KUALA TERENGGANU 13 Nov. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Sukarelawan Al Falah Terengganu telah mengadakan program Roadshow Dakwah@ Street Dakwah di dua lokasi secara berturut-turut di Dataran Pantai Teluk Ketapang, K.Terengganu dan Dataran KT Walk, (Pusat Bandar Kuala Terengganu) pada 10 November. Eksekutif Kanan YADIM Zon Timur, Nasrul Hadi Saidin berkata, program pertama […]

Berdakwah melalui program I-Futsal

JOHOR BAHRU 13 Nov. – Program dakwah, terutamanya kepada golongan muda perlu dilakukan secara kreatif dan santai dengan mengadakan aktiviti yang digemari oleh mereka sambil diselitkan dengan penyampaian mesej-mesej dakwah. Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menginisiatifkan program dakwah yang melibatkan aktiviti futsal agar golongan muda dapat didekati dengan mudah dan seterusnya mesej-mesej dakwah […]

Orang beriman sentiasa diuji

Oleh ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI S.S Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah Mufti Wilayah Persekutuan Sayid Qutub berkata: Penganut-penganut akidah itu pasti diuji dengan kesusahan agar pegangan hati mereka bertambah kukuh dan kuat, kerana kesusahan-kesusahan dan penderitaan-penderitaan itulah yang dapat merangsang segala kekuatan dan daya tenaga mereka yang terpendam dan tersimpan. Ia dapat membuka pintu dan […]

YADIM Sabah santuni golongan saudara kita

KOTA KINABALU 10 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Zon Sabah telah menganjurkan program Ziarah Dakwah di Daerah Beaufort pada 3 November 2017 lalu, bertujuan menyantuni golongan saudara kita di kawasan terbabit. Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, pelbagai pengisian telah disusun termasuk tahsin ibadah, tazkirah dan ziarah, pada program itu yang telah […]

Tiga amalan yang terus mengalir

Oleh ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR Dr Abdul Hayei Abdul Sukor adalah bekas Dekan dan Pensyarah di Fakulti Usuluddin, Akademik Pengajian Islam,Universiti Malaya (UM) Rasulullah saw bersabda: إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ ، إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه  Terjemahannya: “Apabila manusia meninggal […]

Kerja sukarela amat dituntut dalam Islam

KUALA TERENGGANU 9 Nov. – Kerja-kerja sukarela amat dituntut dalam Islam dan perlu dipraktikkan dalam kehidupan terutama dalam konteks melaksanakan kerja-kerja dakwah dan kemasyarakatan. Eksekutif Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur, Nasrul Hadi Saidin berkata, aspek kesukarelaan bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam kerana ia telah dilaksanakan sejak sekian lama. “Kesukarelaan bukanlah suatu […]

Meningkatkan kesedaran mengenai sunnah Rasulullah

JOHOR BAHRU 9 Nov. –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan telah mengadakan program `Ziarah Prihatin dan Street Dakwah: Jom Dakwah dan Sukan Sunnah’ Kampung Gunung Pulai pada 2 November lalu. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Selatan, Muhamad Ammar Abdullah berkata, program yang melibatkan 58 pelajar Sekolah Kebangsaan Gunung Pulai itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat […]