Home » Citra Yadim » Program street dakwah di dua lokasi

Program street dakwah di dua lokasi

 

roadshow dakwah terengganu november (3) roadshow dakwah terengganu november (11)roadshow dakwah terengganu november (4)

KUALA TERENGGANU 13 Nov. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Sukarelawan Al Falah Terengganu telah mengadakan program Roadshow Dakwah@ Street Dakwah di dua lokasi secara berturut-turut di Dataran Pantai Teluk Ketapang, K.Terengganu dan Dataran KT Walk, (Pusat Bandar Kuala Terengganu) pada 10 November.

Eksekutif Kanan YADIM Zon Timur, Nasrul Hadi Saidin berkata, program pertama di Dataran Pantai Teluk Ketapang telah diadakan bermula pukul 2 petang sehingga 6:45 petang, dan disambung ke lokasi kedua di Dataran KT Walk pada 8:30 malam hingga 11:00 malam.

“Program ini adalah bertujuan untuk mendekati anggota masyarakat secara santai tetapi berilmiah supaya mereka tidak sahaja terhibur tetapi memperolehi ilmu yang bermanfaat,’’ katanya.

Beliau berkata, program street dakwah itu diisi dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan buskers yang diselang-selikan dengan  tazkirah di pentas utama, berjumpa pengunjung untuk menyampaikan risalah dakwah, pertandingan melukis logo YADIM untuk kanak-kanak dan kuiz santai untuk golongan dewasa.

Menurutnya, sesi tazkirah telah dikendalikan oleh Ustaz Abdul Halim Awang iaitu pensyarah dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

“Banyak ilmu telah disampaikan oleh penceramah termasuk dari segi keindahan Islam, adab pergaulan anak lelaki dan perempuan, kaedah merotan anak, kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak dan pengaruh persekitaran dan teknologi terhadap  perkembangan anak- anak,’’ katanya.

Menurutnya program ini telah diiringi dengan persembahan kumpulan pemuzik buskers, Band D’Green dan D’Aeroplane.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Daerah Kuala Nerus, Aman Palestin Berhad dan Azzuha Group Travel & Tours.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *