Home » Citra Yadim » Berdakwah melalui program I-Futsal

Berdakwah melalui program I-Futsal

JOHOR BAHRU 13 Nov. – Program dakwah, terutamanya kepada golongan muda perlu dilakukan secara kreatif dan santai dengan mengadakan aktiviti yang digemari oleh mereka sambil diselitkan dengan penyampaian mesej-mesej dakwah.

Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menginisiatifkan program dakwah yang melibatkan aktiviti futsal agar golongan muda dapat didekati dengan mudah dan seterusnya mesej-mesej dakwah itu dapat disampaikan kepada mereka.

Program berkenaan yang dinamakan sebagai Program Liqa Ukhuwah Ahli Ngo Islam: Kejohanan I-Futsal Bersama Belia Negeri Johor telah dianjurkan oleh YADIM Zon Selatan pada 11 November 2017 bersamaan 21 Safar 1439H lalu bertempat di Y-Centre KBS UTC, Johor.

 

penceramahpeserta

keempat

 

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Selatan, Muhammad Ammar Abdullah berkata, program berkenaan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada golongan belia di sekitar Johor dan dengan demikian telah memberi peluang besar kepada YADIM untuk menyampaikan sedikit sebanyak mesej-mesej dakwah kepada golongan berkenaan.

“Program ini telah disertai oleh 256 peserta terdiri daripada golongan muda dan semasa program itu beberapa aktiviti turut diselitkan seperti ceramah oleh Ustaz Ellyeen Amineen Mohd Salleh, seorang pendakwah bebas,

“Program seperti ini bukan sahaja boleh mendekati golongan muda dan mencungkil bakat sukan mereka, tetapi juga mendedahkan aspek-aspek agama dalam beriadah seperti menutup aurat dan menjaga batas akhlak,’’ katanya.

Beliau berkata, dengan sambuatan yang begitu baik daripada golongan muda terhadap program seperti itu, YADIM Zon Selatan berhasrat mengadakan program-program seumpama ini pada masa akan datang.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Y-Centre KBS UTC, Johor.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *