Berdakwah melalui pertandingan futsal

  Futsal adalah antara sukan yang paling digemari oleh remaja masa kini dan rata-rata semua daerah di negara ini mempunyai gelanggang futsal sendiri. Justeru, menyedari hal demikian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menginisiatifkan program I-Futsal iaitu pertandingan futsal yang diselitkan dengan aktiviti dakwah serta menerapkan nilai Islam seperti memakai pakaian menutup aurat, tidak ada […]

Erti sebuah persahabatan

  Oleh  LUQ AL-FATEH Perlukah kehadiran seorang sahabat di sisi kita? Seorang sahabat yang akan sentiasa ada bersama-sama ketika kita sedang diulit kesedihan mahupun ketika meraih kegembiraan? Atau adakah mereka tidak diperlukan dalam kehidupan kita dengan alasan, “ala…boleh je hidup kalau tak ada kawan. Lagipun dalam dunia yang serba ada ini, banyak cara dan aktiviti […]

Baitulmaqdis: Rakyat Denmark ditikam

LIBREVILLE 17 Dis : Dua rakyat Denmark cedera ditikam di ibu kota Gabon semalam, yang dilakukan sebagai membalas dendam ‘serangan Amerika Syarikat terhadap umat Islam’. Ia serangan yang jarang berlaku di negara Afrika Tengah itu yang setakat ini, tidak terbabit dalam keganasan militan. Kedua-dua mangsa, yang bekerja dengan saluran National Geographic, ditikam ketika membeli-belah di […]

Kalau kerajaan uruskan, tiada masalah

SHAH ALAM 17 Dis. – Pengumuman membatalkan Imams mendapat respons positif daripada pengendali ejen umrah. Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi menghalang penipuan dalam urusan pakej umrah itu bagus, tetapi kaedah diperkenalkan perlu betul. “Jika kementerian sendiri kendalikannya, saya rasa kita […]

OIC simbol perpaduan umat Islam?

DEKLARASI Istanbul pada sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) baru-baru ini memutuskan bahawa Baitulmuqaddis Timur ibu negara Palestin. Ke­semua 57 negara anggota mengumumkan pendirian Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung kota suci itu tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa. Meskipun kehadiran OIC baru sekitar satu perempat abad, pertubuhan itu bertindak memusatkan perhatian […]

367 penduduk Palestin cedera dibelasah askar Israel

TEBING BARAT 16 Dis.  – 367 rakyat Palestin cedera termasuk 7 dalam keadaan kritikal dalam pertembungan dengan askar Israel selepas solat Jumaat, semalam. Menurut laporan CNN, kebanyakkan mereka cedera akibat ditembak dengan peluru getah dan terkena bom pemedih mata yang digunakan askar Israel dalam kejadian tersebut. Di Tebing Barat sahaja, kira-kira 2,500 penduduk Palestin terlibat […]

Wanita Arab Saudi dibenar pandu trak, tunggang motosikal

RIYADH 16 Dis. : Wanita Arab Saudi akan dibenarkan memandu trak dan menunggang motosikal tiga bulan selepas negara itu menamatkan larangan memandu terhadap wanita. Direktorat Trafik Umum Arab Saudi akan memberikan butiran peraturan baharu berhubung kebenaran itu menerusi Agensi Akhbar Saudi pada Jumaat depan. “Ya, kami akan membenarkan wanita untuk menunggang motosikal dan memandu trak. […]

Pelaksanaan Imams dibatalkan

PUTRAJAYA 16 Dis. – Berikutan bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan hari ini mengambil keputusan untuk membatalkan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams) serta-merta. Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah berkata, pembatalan tersebut dibuat berdasarkan maklum balas daripada orang ramai serta pengendali pakej umrah berhubung sistem tersebut. Katanya, kementerian akan mengkaji semula mekanisme […]