Home » Langit Terbuka » Wanita Arab Saudi dibenar pandu trak, tunggang motosikal

Wanita Arab Saudi dibenar pandu trak, tunggang motosikal

RIYADH 16 Dis. : Wanita Arab Saudi akan dibenarkan memandu trak dan menunggang motosikal tiga bulan selepas negara itu menamatkan larangan memandu terhadap wanita.

Direktorat Trafik Umum Arab Saudi akan memberikan butiran peraturan baharu berhubung kebenaran itu menerusi Agensi Akhbar Saudi pada Jumaat depan.

“Ya, kami akan membenarkan wanita untuk menunggang motosikal dan memandu trak. Undang-undang memandu adalah sama bagi lelaki dan wanita,” katanya.

Katanya, tidak akan ada nombor pendaftaran khas untuk kenderaan yang dipandu oleh wanita.

Bagaimanapun, wanita yang terbabit dalam kemalangan jalan raya atau terbabit dengan salah laku akan dikendalikan oleh pusat khas yang ditubuhkan dan diselia oleh wanita.

Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang mengenakan larangan kepada wanita untuk memandu dan ia dilihat sebagai simbol penindasan oleh dunia. – AFP, Berita Harian

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *