Home » Langit Terbuka » Baitulmaqdis: Rakyat Denmark ditikam

Baitulmaqdis: Rakyat Denmark ditikam

LIBREVILLE 17 Dis : Dua rakyat Denmark cedera ditikam di ibu kota Gabon semalam, yang dilakukan sebagai membalas dendam ‘serangan Amerika Syarikat terhadap umat Islam’.

Ia serangan yang jarang berlaku di negara Afrika Tengah itu yang setakat ini, tidak terbabit dalam keganasan militan.

Kedua-dua mangsa, yang bekerja dengan saluran National Geographic, ditikam ketika membeli-belah di pasar popular dalam kalangan pelancong, kata Menteri Pertahanan, Etienne Massard, menambah serangan bermotifkan politik.

“Menurut keterangan pertama di lokasi, penyerang, lelaki Nigeria berusia 53 tahun, melaungkan ‘Allahu Akbar’ ketika melakukan serangan.

“Beliau ditahan di tempat kejadian,” kata Massard.

Penyerang, yang sudah menetap di Gabon selama 19 tahun, ‘dalam kenyataan pertama berkata beliau bertindak bagi membalas dendam di atas serangan AS terhadap umat Islam dan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel’.

Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital di Libreville, dengan seorang daripadanya dalam keadaan serius, kata jurucakap kerajaan, Alain-Claude Bilie.

Kementerian Luar Denmark mengesahkan dua warganya ‘cedera di Gabon’ tanpa memberikan butiran lanjut. – AFP, BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *