Home » Langit Terbuka » Hanya mufti boleh keluarkan fatwa

Hanya mufti boleh keluarkan fatwa

SHAH ALAM 28 Dis. – Hanya mufti boleh mengeluarkan sesuatu fatwa, tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Katanya, mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan sama ada penceramah agama mahu pun yang bergelar ustaz, ia hanyalah pandangan peribadi individu itu sendiri.

“Apabila seseorang itu berceramah, mengeluarkan kenyataan tanpa disokong dengan nas al Quran atau hadis, itu hanyalah pandangan peribadi individu tersebut.

“Hal ini kerana yang boleh mengeluarkan fatwa hanyalah mufti,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Memetik laporan sebuah portal berita, Shahidan berkata, sesuatu fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh mufti sebelum disokong majlis agama Islam negeri.

Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan yang dikeluarkan penceramah, Azhar Idrus mengenai hukum wanita Islam mengambil gambar di kedai foto milik orang bukan Islam.

Mengulas mengenai kenyataan Azhar, Harussani berkata, itu juga merupakan pandangan peribadi beliau.

“Untuk ke luar negara kita perlukan pasport, dan pasport perlukan gambar. Buat MyKad juga perlukan gambar. Gambar ini pula perlu diambil di kedai (kebanyakannya dilakukan) oleh orang bukan Islam.

“Jadi tiada masalah sekiranya orang Islam hendak mengambil gambar di kedai bukan Islam,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Harussani, terpulang kepada orang ramai sama ada untuk menerima atau menolak pandangan penceramah berkenaan.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *