Umat Islam diserang, Sri Lanka isytihar darurat 10 hari

COLOMBO 6 Mac – Sri Lanka mengisytiharkan darurat selama 10 hari untuk meredakan rusuhan anti-Islam yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan merosakkan puluhan rumah serta masjid. Kerajaan telah menghantar pasukan tentera dan polis elit ke wilayah Kandy dan daerah Taldeniya kira-kira 160 kilometer dari Colombo untuk mengawal keadaan selepas serangan dilakukan ke atas sebuah kedai […]

Universiti larang pelajar wanita pakai burqa

JAKARTA: Universiti Islam Indonesia berhadapan kritikan kumpulan dan aktivis Islam hari ini selepas melarang pelajar perempuan memakai burqa kerana bimbang berhubung penyebaran ideologi radikal di kampus. Indonesia adalah negara paling ramai umat Islam di dunia, majoritinya mengamalkan ajaran Islam sederhana. Namun ia menyaksikan peningkatan konservatif dan dilihat ramai sebagai ancaman kepada reputasinya bagi toleransi agama […]

Rundingan Baitulmaqdis-Israel lebih diberi keutamaan

KUALA LUMPUR: Ketiadaan kedutaan mahu pun wakil Malaysia di Palestin bukan bermakna kerajaan tidak bersungguh-sungguh menyokong kedaultan negara itu. Sebaliknya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,  tindakan Malaysia mengecam pengiktirafan Amerika Syarikat yang Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan membantah ke peringkat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjadi negara serius. […]

Sertu, samak tak sama – Harussani

KUALA LUMPUR: Sertu adalah proses menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah (najis berat) iaitu anjing, babi, dan keturunannya. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata, proses sertu perlu dilakukan jika sesuatu bahan dijilat atau disentuh najis berat. Beliau berkata, bahan berkenaan hendaklah disertu dengan basuhan sebanyak tujuh kali dan sekali air tanah. “Berbeza dengan samak pula […]

Perketat peraturan sewa bilik hotel bajet

SEREMBAN: Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan untuk memperketat peraturan sewaan bilik di hotel bajet bagi mengelakkannya daripada menjadi tempat remaja melakukan maksiat. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias, berkata langkah itu juga bertujuan mengekang kejadian rogol di hotel terbabit. Ketika ini, katanya, hotel bajet memiliki kelulusan pihak berkuasa […]

Ahli kariah samak Masjid Sungai Plong

SUNGAI BULOH: Seramai 50 ahli kariah Masjid Sungai Plong yang diceroboh babi hutan malam tadi, bergotong-royong melakukan pembersihan dan proses sertu atau samak di bahagian masjid yang terjejas. Nazir Masjid, Hussin Rani, berkata ahli kariah turut dibantu anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Mufti Selangor. Beliau berkata, […]

Telekung Siti Khadijah tiruan bernilai RM37,980 dirampas

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Johor berjaya merampas sebanyak 422 unit telekung berjenama Siti Khadijah disyaki tiruan bernilai RM37,980 dalam satu serbuan di Taman Nusa Bestari, Skudai dekat sini semalam. Pengarah KPDNKK negeri, Khairul Anuar Bachok berkata, operasi itu dijalankan pada pukul 12.45 tengah hari selepas membuat intipan […]

Kepakaran anak Malaysia dalam undang-undang laut jadi tarikan di Rusia

KUALA LUMPUR: Seorang anak Malaysia menjadi pensyarah Asia Tenggara yang pertama dijemput sebagai Pensyarah Pelawat di School of Law, Far Eastern Federal Federal University (FEFU), di Vladivostok, Rusia. Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, 36 tahun, dijemput disebabkan kepakaran beliau dalam undang-undang laut antarabangsa terutama di Selat Melaka dan Singapura. Dalam satu temubual dengan Astro AWANI, […]

Rampas buku Irshad Manji: Semakan kehakiman ditolak

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbitan buku ZI Publication Sdn Bhd dan Pengarahnya Mohd Ezra Mohd Zaid gagal mencabar tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu dan merampas buku terjemahan penulis kontroversi Irshad Manji ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ (Allah, Liberty and Love), enam tahun lalu. Ianya susulan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman […]

Rebut peluang pasaran produk halal Jepun

CHIBA, Tokyo: Syarikat Malaysia diminta merebut peluang terhadap permintaan produk halal yang tinggi di Jepun terutama menjelang Sukan Olimpik 2020. Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris, berkata permintaan bertambah ketika Jepun membuat persediaan kemasukan pelancong luar yang dijangka meningkat tahun ini sehingga ke Sukan Olimpik nanti. Katanya, Jepun mensasarkan menerima lebih 40 […]