Umat Islam, bangunlah dari lamunan…

BADAN bukan kerajaan (NGO), Green Project Malaysia akan menghantar bantuan misi kemanusiaan kepada penduduk Ghoutah Timur yang terjejas dan kini sedang mengumpul dana untuk berbuat demikian. Pengerusinya, Kapten (B) Mohd Asri Abdul Khalek berkata, sumbangan siri kedua itu bertujuan membantu umat Islam di Syria yang diserang tentera Bashar al-Assad dan Russia, baru-baru ini. Katanya, sumbangan […]

Arab Saudi benarkan Air India guna ruang udara ke Israel

WASHINGTON – Arab Saudi memberi kebenaran kepada Air India menggunakan wilayahnya untuk mengadakan penerbangan ke Tel Aviv, kata Perdana Menteri Israel, Benkamin Netanyahu. Tiada pengesahan sama ada dari Arab Saudi atau Air India setakat ini. Netanyahu membuat pengumuman itu kepada wartawan Israel di Washington selepas menemui Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Arab Saudi tidak […]

Pembersihan etnik masih berleluasa di Rakhine: PBB

YANGON: Myanmar didakwa masih meneruskan aktiviti ‘pembersihan etnik’ terhadap penduduk Rohingya apabila sekatan bekalan makanan dan insiden keganasan terus berleluasa di Rakhine. Perkara itu didedahkan oleh wakil khas hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, iaitu enam bulan selepas operasi besar-besaran pihak tentera di wilayah itu. Tindakan itu memaksa kira-kira 700,000 penduduk minoriti […]

Abu Dar’ pemimpin baharu Daesh Asia Tenggara

MANILA: Tentera Filipina sudah mengenal pasti pemimpin baharu atau ‘Emir’ kumpulan pengganas Daesh di Asia Tenggara. Menurut jurucakap Divisyen Pertama tentera Filipina, Mejar Ronald Suscano, salah seorang individu yang merancang kepungan di Marawi dikenali sebagai ‘Abu Dar’ menggantikan Isnilon Hapilon yang terbunuh, tahun lalu. Katanya, Dar disifatkan sebagai kurang radikal dan tidak mempunyai banyak pengalaman […]

Lima NGO Malaysia hantar memorandum kepada PBB

PUTRAJAYA – Lima pertubuhan  bukan kerajaan (NGO) Malaysia hari ini menghantar memorandum kepada pejabat  Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia di sini bagi menuntut badan dunia itu menghentikan pembunuhan orang awam di timur Ghouta, Syria. Jurucakap kumpulan itu, Amir Amsaa Alla Pitchay, berkata mereka menuntut PBB melakukan campur  tangan dan menghentikan perbuatan tersebut demi kepentingan […]

Maik sumbang RM543,691 kepada NGO, asnaf

KOTA BHARU 6 Mac – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menyumbangkan sebanyak RM543,691.20 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pesakit golongan asnaf terpilih, di sini hari ini. Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menyampaikan bantuan tersebut dalam satu majlis di Auditorium Kompleks Rawatan Harian (ACC) Hospital Raja Perempuan […]

Sebidang tanah di Mata Ayer bakal dijadikan kampus tetap KUIPs

KANGAR 6 Mac – Sebidang tanah seluas 2.7 hektar di Jalan Mata Ayer di sini, telah dikenal pasti bakal didirikan sebagai sebuah kampus tetap Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Khairi Hassan berkata, tanah itu sebelum ini diwakafkan oleh seorang individu kepada Yayasan Islam Perlis untuk pengembangan Islam seperti pembinaan […]

PPZ-MAIWP, PPIM Jayakan Kempen Galak Pembayaran Zakat Perniagaan

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) kini menjayakan Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Perniagaan (SPPZ) 2018 yang bertujuan menggalakkan pembayaran zakat terutamanya zakat perniagaan dalam kalangan peniaga dan pemilik syarikat. Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Che Mat Che Ali berkata kempen selama tiga bulan yang berakhir 15 Mei ini […]

Majlis Raja-Raja perkenan laksana Dasar Pendidikan Tahfiz Negara

KANGAR 6 Mac – Kerajaan telah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja untuk melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), yang merangkumi empat bentuk kurikulum bagi melahirkan graduan huffaz yang mempunyai keseimbangan ilmu agama dan akademik duniawi pada masa depan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, di bawah kurikulum itu, golongan […]

Kisas sekolah terbaik STPM 2017

KLANG 6 Mac – Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas) muncul sekolah terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi negeri ini dan seluruh negara. Menurut Penolong Kanan Tingkatan 6 Kisas, Abdullah Hassan, seramai empat orang calon STPM sekolah tersebut mendapat markah penuh 4.00. Katanya, keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sekolah bagi tahun 2017 juga […]