Dapat 25 ‘markah’ jika tarik hijab, polis UK siasat kempen serang umat Islam

KEMPEN lancar serangan terhadap umat Islam di England kini dalam siasatan pihak berkuasa. Polis tempatan di daerah West Yorkshire menerima enam laporan berhubung surat yang mempromosikan kempen ‘Hari Menghukum Orang Islam’ atau ‘Punish A Muslim Day’. Memetik laporan The Independent, surat yang sama turut disebarkan di London dan Birmingham. Antara kandungan surat tersebut adalah mengenai […]

Penduduk Islam Sri Lanka hadapi jenayah benci baru

COLOMBO: Sekumpulan samseng menyerang restoran dimiliki penduduk Islam di Sri Lanka hari ini dalam kes berunsurkan jenayah benci, kata polis, ketika ketegangan kekal tinggi di seluruh negara itu susulan rusuhan ganas selama seminggu. Restoran di Anamaduwa, kira-kira 130 kilometer ke utara Colombo, menjadi sasaran walaupun polis berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas siri serangan anti-Islam. Kerajaan […]

Penduduk Islam China perlu awasi pengaruh luar

BEIJING: Penduduk Islam China perlu mengawasi arus Islamisasi, termasuk masjid yang meniru gaya luar, dan mengamalkan kepercayaan mereka dengan lebih gaya China, kata pegawai Islam negara itu hari ini. China memiliki kira-kira 20 juta penduduk beragama Islam, kebanyakannya tinggal di barat negara itu, dari keturunan Uighur di Xinjiang. Ketika China memberi jaminan kepada kebebasan beragama, […]

Usaha bantu pasangan Islam

LEBIH 10,000 isteri dan 30,000 anak Kedah menarik nafas lega apabila mereka berpeluang diiktiraf hak masing-masing dalam institusi kekeluargaan negara bermula 1April ini. Ia berikutan Program Pemutihan Nikah Rentas Sempadan yang dianjurkan selama enam bulan sehingga September depan oleh kerajaan Kedah bertujuan menyelesaikan masalah kepada mereka yang berkahwin di luar negara, termasuk Thailand. Penyelaras program […]

Terengganu, Selatan Thailand kerjasama banteras sijil nikah palsu

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan bekerjasama dengan Pejabat Konsulat Malaysia di Selatan Thailand agar kaedah mencatat nombor siri pada sijil perkahwinan melibatkan pasangan berasal dari negeri ini, dilaksanakan di kawasan berkenaan. “Saya dimaklumkan pada tahun lalu, terdapat antara 40 dan 50 kes pernikahan yang dijalankan sindiket tertentu kononnya pernikahan berlaku di Selatan Thailand, namun sebenarnya […]

Pelajar Malaysia lebih gembira hadapi peperiksaan berbanding negara Asia lain

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia didakwa lebih tenang dan gembira berbanding pelajar lain di Asia yang menderita kebimbangan menjelang musim peperiksaan. Keputusan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2015 Jilid 3 mendedahkan, sebanyak 67 peratus pelajar Malaysia bimbang akan peperiksaan, namun peratusan itu masih rendah berbanding China, Kong, Jepun, Singapura dan Korea Selatan. Menurut perunding firma global […]

Kaji dahulu sebelum tayang

SHAH ALAM – Penulis skrip, pengarah dan pelakon disarankan mengkaji terlebih dahulu sebelum menayangkan drama atau filem jika ia menyentuh perkara berkaitan Islam. Pendakwah, Ustazah Asmak Hussain berkata, filem atau drama adalah medium dakwah yang sangat baik pada masa kini, kerana ia diikuti oleh ramai pengikut dalam kalangan penduduk Malaysia terutama anak muda. Beliau yang […]