Home » Langit Terbuka » Terengganu, Selatan Thailand kerjasama banteras sijil nikah palsu

Terengganu, Selatan Thailand kerjasama banteras sijil nikah palsu

Pada tahun lalu, terdapat antara 40 dan 50 kes pernikahan yang dijalankan sindiket tertentu kononnya pernikahan berlaku di Selatan Thailand. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan bekerjasama dengan Pejabat Konsulat Malaysia di Selatan Thailand agar kaedah mencatat nombor siri pada sijil perkahwinan melibatkan pasangan berasal dari negeri ini, dilaksanakan di kawasan berkenaan.

“Saya dimaklumkan pada tahun lalu, terdapat antara 40 dan 50 kes pernikahan yang dijalankan sindiket tertentu kononnya pernikahan berlaku di Selatan Thailand, namun sebenarnya pernikahan itu berlaku di Terengganu.

“Ini disebabkan pasangan suami isteri itu tidak memikirkan kesan negatif di sebalik perbuatan mereka…selalunya melibatkan kes berpoligami kerana enggan membuat permohonan nikah di mahkamah syariah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd agar kerajaan negeri bekerjasama dengan Pejabat Konsulat Malaysia di Selatan Thailand untuk mengatasi masalah tersebut.

Baru-baru ini, Wan Mohd Zakri berkata perbuatan menggunakan sijil nikah palsu itu hanya terbongkar selepas soal siasat dilakukan terhadap saksi dan ahli keluarga pasangan yang hadir pada masa pernikahan dijalankan.

Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil berkata impak perkahwinan yang tidak sah itu akan memberi kesan lebih besar terutama dari segi perwarisan harta pusaka dan wali untuk zuriat.

“Dari segi hukum syarak, perkahwinan itu tidak sah kerana pasangan tidak menggunakan wali hakim yang sah sekalipun jika pernikahan berlaku dalam negara…ia tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran jurunikah wali hakim yang mendapat perkenan Sultan Terengganu.

“Insya-Allah melalui kaedah nombor siri itu dapat memastikan perkara ini tidak lagi berulang pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *