Home » Langit Terbuka » Penduduk Islam China perlu awasi pengaruh luar

Penduduk Islam China perlu awasi pengaruh luar

China memiliki kira-kira 20 juta penduduk beragama Islam, kebanyakannya tinggal di barat negara itu, China memiliki kira-kira 20 juta penduduk beragama Islam, kebanyakannya dari keturunan Uighur di Xinjiang. dari keturunan Uighur di Xinjiang.

BEIJING: Penduduk Islam China perlu mengawasi arus Islamisasi, termasuk masjid yang meniru gaya luar, dan mengamalkan kepercayaan mereka dengan lebih gaya China, kata pegawai Islam negara itu hari ini.

China memiliki kira-kira 20 juta penduduk beragama Islam, kebanyakannya tinggal di barat negara itu, dari keturunan Uighur di Xinjiang.

Ketika China memberi jaminan kepada kebebasan beragama, ia semakin mengetatkan kawalan di kawasan yang ramai penduduk Islam sejak beberapa tahun ini, kerana bimbang dengan unsur radikal dan keganasan.

Bercakap kepada badan penasihat Parlimen China, ketua Persatuan Islam China, Yang Faming, berkata Islam memiliki sejarah panjang dan gemilang di negara itu.

Namun Yang memberi amaran mengenai masalah yang dikatakan semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang tidak boleh terlepas pandang, menurut salinan ucapannya yang disiarkan agensi berita Xinhua.

“Sebagai contoh, gaya binaan beberapa masjid meniru model asing.

“Di beberapa kawasan, konsep halal menjadi biasa dan campur tangan agama dalam kehidupan sekular,” katanya.

Beliau menambah, amalan agama, budaya dan seni bina bangunan agama perlu mempunyai sifat semula jadi dan gaya China.

China menyalahkan militan di atas siri serangan di Xinjiang yang terletak di sempadan Asia Tengah dan Pakistan. – Reuters

Artikel Berkaitan

Kerajaan saring individu sampaikan ajaran Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan saringan terhadap individu yang akan menyampaikan ajaran Islam di negara ini bagi mengekang penyebaran liberalisme yang berselindung

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *