Sebahagian jemaah Yayasan 1MDB dipertimbang tunai haji

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada 1,200 jemaah haji di bawah program khas Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diberi pertimbangan menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan dan kesemua calon berkenaan perlu mencukupi syarat yang ditetapkan Lembaga […]

Yadim ziarahi keluarga Puan Maslinda Rahman

PAROI – Pegawai dan kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (6 Ogos) meneruskan kerja kerja lapangan dakwah mereka di sini apabila menziarahi keluarga Puan Maslinda Rahman. Diketuai En Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat, kakitangan YADIM turut menyampaikan sedikit sumbangan untuk membantu meringankan beban keluarga Puan Maslinda. Atas desakan hidup, Puan […]

Majlis Penasihat Kerajaan bakal kemukakan laporan kepada PM

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan dijangka mengemukakan penemuan serta syornya berhubung isu ekonomi serta kewangan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam masa terdekat. Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu, mereka kini dalam peringkat akhir melengkapkan laporan untuk dibentangkan kepada kerajaan. “Kini hanya ada kira-kira dua minggu untuk 100 […]

Harga PPR mungkin naik sehingga RM60,000

KUALA LUMPUR – Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang merupakan antara inisiatif kerajaan terdahulu memastikan golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman mampu milik mungkin akan dinaikan dari RM35,000 kepada RM60,000 seunit. Peningkatan ini berikutan kajian susulan yang sedang dijalankan bagi perancangan menambah keluasan unit daripada 700 kaki persegi kepada 900 persegi bagi memastikan keselesaan penghuninya. Menteri […]

`Transformasi Orang Muda’ perkasa belia

KOTA BHARU – Program Transformasi Orang Muda (TOM) dirangka khas bagi menyantuni dan memperkasa belia kearah menjadi belia berjati diri cemerlang dan mampu mengalas tanggungjawab dalam masyarakat, kata Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur, Mahadi Awang. “Jiwa belia orang muda perlu disemai dan dibentuk dengan nilai murni dan dengan sebab itu kitalah yang […]

Kembara Muamalah Masjid 2018  di Kampung Tegageng Miri

MIRI – Pada 29 Julai, siri “Kembara Muamalah Masjid 2018” diteruskan ke Sarawak dan kali ini lokasi yang menjadi pilihan adalah Kampung Tegageng Miri Sarawak. Pada program kali ini, pengisiannya adalah berkaitan `riba’ bagi memberi kesedaran kepada para peserta mengenai hakikat riba yang boleh merosakkan masyarakat. Eksekutif Kanan YADIM, Muzaffar Abd Rahim, walaupun perjalanan ke […]

Tiada kompromi perkara asas Perlembagaan

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar perkara-perkara asas yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan perlu terus dipertahan tanpa kompromi walau berlaku perubahan kerajaan. Titah baginda antara perkara asas tersebut adalah yang menyentuh Raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain menurut Perkara […]

Kerajaan kaji naik taraf status guru KAFA

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji untuk menaik taraf status guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) termasuk dilantik ke jawatan tetap dalam usaha membela kebajikan golongan ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Fuziah Salleh berkata, kajian itu dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai penyelaras program KAFA. “Jakim sedang membuat satu […]

7 kementerian capai tahap cemerlang

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh daripada 25 kementerian mencapai tahap cemerlang bagi pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) pada tahun lepas, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Dr. Madinah Mohamad. Beliau berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 Siri 1, sebanyak 16 kementerian pula mencapai tahap baik, manakala dua lagi berada pada tahap memuaskan “Selain itu, […]

Kiswa baru sudah siap

MAKKAH – Kiswa baru (kain hitam yang menutupi Kaabah) untuk tahun 1439 Hijriah sudah siap. Seperti biasa, Kiswa lama akan digantikan dengan yang baru pada pagi 9 Dzhulhijjah di bawah pengawasan Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais. Beberapa hari yang lalu, Kiswa yang digunakan sekarang telah dilipat setinggi tiga meter dan […]