Home » Langit Terbuka » Majlis Penasihat Kerajaan bakal kemukakan laporan kepada PM

Majlis Penasihat Kerajaan bakal kemukakan laporan kepada PM

Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu, mereka kini dalam peringkat akhir melengkapkan laporan untuk dibentangkan kepada kerajaan

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan dijangka mengemukakan penemuan serta syornya berhubung isu ekonomi serta kewangan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu, mereka kini dalam peringkat akhir melengkapkan laporan untuk dibentangkan kepada kerajaan.

“Kini hanya ada kira-kira dua minggu untuk 100 hari. Majlis Penasihat Kerajaan sudah mengadakan mesyuarat dan bertemu hampir kesemua pihak-pihak yang berkaitan.

“Majlis Penasihat Kerajaan akan ‘berehat’ seketika sebelum menyambung kembali tugas,” katanya kepada pemberita di Menara Ilham di sini hari ini.

Selain Zeti, Majlis Penasihat Kerajaan itu dianggotai oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Merican; tokoh perniagaan, Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi ternama, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram.

Pasukan tersebut ditubuhkan pada 12 Mei lalu untuk membantu pembentukan dasar dan rancangan bagi mencapai janji 100 hari Pakatan Harapan kepada rakyat.

 

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/majlis-penasihat-kerajaan-bakal-kemukakan-laporan-kepada-pm-1.723779#ixzz5NOEP1FEN

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *