Home » Langit Terbuka » Harga PPR mungkin naik sehingga RM60,000

Harga PPR mungkin naik sehingga RM60,000

Sudah tiba masanya untuk kerajaan melaksanakan penambaikan untuk memenuhi keperluan rakyat terutamanya dalam era ‘Malaysia Baru’ ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

KUALA LUMPUR – Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang merupakan antara inisiatif kerajaan terdahulu memastikan golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman mampu milik mungkin akan dinaikan dari RM35,000 kepada RM60,000 seunit.

Peningkatan ini berikutan kajian susulan yang sedang dijalankan bagi perancangan menambah keluasan unit daripada 700 kaki persegi kepada 900 persegi bagi memastikan keselesaan penghuninya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, lebih 15 tahun PPR telah dilaksanakan tanpa sebarang perubahan sehingga menyebabkan rata-rata penghuni terpaksa hidup dalam ‘kesesakan’ selama ini.

“Sudah tiba masanya untuk kerajaan melaksanakan penambaikan untuk memenuhi keperluan rakyat terutamanya dalam era ‘Malaysia Baru’ ini.

“PPR telah diperkenalkan pada 2002 dalam dua kategori iaitu, satu dimiliki dengan harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM42,000 di Sabah dan Sarawak.

“Manakala PPR di sewa pula disewakan bulanan dengan harga RM124.00 sebulan. Sudah tiba masanya kita lakukan penjenamaan semula dengan keluasan unit selain daripada rekabentuknya juga.

“Kajian sedang dijalankan dari segi kadar sewa dan jualan ketika ini sehingga mencecah sehingga RM60,000 namun pada masa sama akan memperuntukkan kemudahan dan pengurusan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan oleh Tan Sri Annuar Musa (BN- Ketereh) yang bertanya sejauh mana kajian telah dijalankan sebelum mengambil keputusan menaikan harga PPR dikhuatiri akan mengurangkan kuasa beli golongan B40 kelak.

Tambah Zuraida, pertambahan keluasan kediaman diharap memberi keselesaan dan meningkatkan taraf hidup golongan sasar, selain menampung pertambahan bilangan keluarga dalam jangka panjang. – MalaysiaGazette

 

 

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *