IRM mohon sumbangan bantu mangsa gempa

KUALA LUMPUR – Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini memohon sumbangan orang ramai bagi membantu mangsa gempa bumi di Sulawesi, Indonesia menerusi tabung Rayuan Kecemasan Indonesia yang dilancarkan semalam. Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000 bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan di Palu dan Donggala iaitu antara kawasan bencana. “Islamic […]

Ada masalah perniagaan, hubungi Pusat Sehenti Keusahawanan

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan hari ini melancarkan Pusat Sehenti Keusahawanan (PSK) bagi memudahkan usahawan dan orang awam mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan keusahawanan. Menterinya, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, pusat sehenti itu diwujudkan melalui dua konsep iaitu talian bebas tol dan pejabat di setiap negeri yang dikendalikan oleh agensi-agensi di bawah kementerian tersebut. “PSK juga […]

Video perpisahan guru besar sekolah agama tular

KULAI – Sebuah klip video sempena dengan persaraan Guru Besar Sekolah Agama Taman Kota Kulai, Ustazah Mariam Mokmin, baru-baru ini menjadi viral di laman sosial Facebook. Klip video itu yang menampilkan barisan guru sekolah itu selain berlakon, mereka turut menari dengan alunan muzik dari filem Hindustan terkenal Kuch Kuch Hota Hai, Sa Janji Ghar Aayee. […]

Nor Hisham terima tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-12 untuk tempoh dua tahun. Beliau menggantikan Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz yang tamat perkhidmatan 30 September lalu. Nor Hisham, 62, berpengalaman selama 37 sebagai penjawat awam telah bersara wajib […]

Sahabat YADIM sertai Leadership Training Belia MABIMS di Bandung

BANDUNG – Bertempat di IOI Dago Hotel di sini pada 18 hingga 21 September lalu, dua orang wakil Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyertai program Leadership Training Belia MABIMS. Program anjuran Biro Hukum dan Kerjasama Luar Negeri, Kementerian Agama Republik Indonesia itu, menghimpunkan belia belia dari negara anggota Pertemuan Khas Tidak Rasmi Menteri-Menteri […]

Skim Kesihatan dan Simpanan Takaful Berkelompok untuk warga Yadim

PUTRAJAYA – Dalam berusaha menyebarluaskan dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak lupa untuk menjaga kebajikan kakitangannya. Untuk itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia YADIM menawarkan Skim Kesihatan dan Simpanan Takaful Secara Berkelompok untuk warga kerja organisasi ini. Pada 21 September, melalui satu sesi penerangan oleh Pegawai […]