Home » Langit Terbuka » Ada masalah perniagaan, hubungi Pusat Sehenti Keusahawanan

Ada masalah perniagaan, hubungi Pusat Sehenti Keusahawanan

Menteri Pembangunan Usahawan berkata, pusat sehenti itu diwujudkan melalui dua konsep iaitu talian bebas tol dan pejabat di setiap negeri yang dikendalikan oleh agensi-agensi di bawah kementerian tersebut

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan hari ini melancarkan Pusat Sehenti Keusahawanan (PSK) bagi memudahkan usahawan dan orang awam mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan keusahawanan.

Menterinya, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, pusat sehenti itu diwujudkan melalui dua konsep iaitu talian bebas tol dan pejabat di setiap negeri yang dikendalikan oleh agensi-agensi di bawah kementerian tersebut.

“PSK juga akan bertindak sebagai penerima aduan berkaitan perniagaan. Aduan yang diterima akan diserahkan kepada agensi yang bertanggungjawab untuk diselesaikan,” katanya selepas melancarkan PSK di sini hari ini.

Talian bebas tol PKS (1-300-88-1020) telah beroperasi sejak 28 September lalu pada setiap Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi-5 petang).

Antara agensi yang akan mengendalikan PSK itu adalah SME Corporation Malaysia (SME Corp), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia.- Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *