Home » Citra Yadim » Sahabat YADIM sertai Leadership Training Belia MABIMS di Bandung

Sahabat YADIM sertai Leadership Training Belia MABIMS di Bandung

BANDUNG – Bertempat di IOI Dago Hotel di sini pada 18 hingga 21 September lalu, dua orang wakil Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyertai program Leadership Training Belia MABIMS.

Program anjuran Biro Hukum dan Kerjasama Luar Negeri, Kementerian Agama Republik Indonesia itu, menghimpunkan belia belia dari negara anggota Pertemuan Khas Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims).

Kehadiran dua wakil ini adalah komitmen susulan pelantikan YADIM sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Bidang Kerjasama MABIMS ke-6.

Dua wakil Sahabat YADIM berkenaan adalah Saudara Muhamad Hafizuddin bin Pauzi dan Saudara Muhd Haikal Luqman bin Zulkefli, Wakil Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM.

Keduanya melahirkan rasa teruja dan berterima kasih kerana terpilih ke program yang cukup banyak memberi manfaat itu.

MABIMS setiap tahun menganjurkan program kepimpinan yang menghimpunkan wakil-wakil belia untuk bertukar idea kepimpinan dalam dakwah, malah turut diadakan program-program lain yang melibatkan kesemua negara tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *