Home » Langit Terbuka » Nor Hisham terima tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur

Nor Hisham terima tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur

Nor Hisham, 62, berpengalaman selama 37 tahun sebagai penjawat awam telah bersara wajib pada 23 Mei 2016 sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya selepas itu

KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-12 untuk tempoh dua tahun.

Beliau menggantikan Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz yang tamat perkhidmatan 30 September lalu.

Nor Hisham, 62, berpengalaman selama 37 sebagai penjawat awam telah bersara wajib pada 23 Mei 2016 sebelum dilantik sebagai YDP MPSJ selepas itu.

Beliau menerima serahan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dari Mhd Amin dengan disaksikan oleh Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, dan Timbalan Menteri, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh, di Menara DBKL 1, hari ini.

Khalid berkata, lantikan Nor Hisham dibuat hasil penilaian jawatankuasa yang dibentuk sebelum ini yang sebulat suara menyifatkan beliau sebagai pengganti terbaik berdasarkan pengalaman dalam pelbagai agensi kerajaan.

“Pengalaman Nor Hisham bukan sekadar di pihak berkuasa tempatan (PBT). Jadi saya mengharapkan beliau dapat gunakan pengalaman yang ada dengan sokongan pegawai-pegawai DBKL.

“Saya faham apabila beliau mengambil alih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bawah pentadbiran kerajaan baharu, harapan rakyat amat tinggi dan ini menjadi cabaran untuk beliau,”katanya dalam sidang media selepas majlis serah tugas tersebut. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *