Home » Langit Terbuka » IRM mohon sumbangan bantu mangsa gempa

IRM mohon sumbangan bantu mangsa gempa

Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia berkata, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000 bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan di Palu dan Donggala iaitu antara kawasan bencana

KUALA LUMPUR – Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini memohon sumbangan orang ramai bagi membantu mangsa gempa bumi di Sulawesi, Indonesia menerusi tabung Rayuan Kecemasan Indonesia yang dilancarkan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000 bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan di Palu dan Donggala iaitu antara kawasan bencana.

“Islamic Relief Indonesia (IR Indonesia) kini berada di lapangan bersama rakan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan, rumah zakat dan Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU) bagi membantu kerja-kerja menyelamat.

“Melalui penilaian dan tinjauan yang dilakukan, dana terkumpul boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan kecemasan seperti makanan, minuman, barangan keperluan harian serta membaik pulih sistem bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program kemanusiaan IRM, sila layari laman web rasmi atau hubungi IRM di talian tetap 03-89263434.

Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan boleh salurkan ke nombor akaun Maybank Islamic 562142708704; CIMB Islamic 8602073818 ; Bank Islam 12029010065643; Affin Bank 106710002784 dan Bank Rakyat 110801000035 atas nama Islmic Relief Malaysia. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *