YADIM kekal MS ISO 9001:2015

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  (YADIM) telah berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2015 selepas menjalani proses audit dengan AJA EQS CERTIFICATION (M) Sdn. Bhd (AJA)  hari ini (6 Disember). Hasil audit menunjukkan Tiada Sebarang Ketidakpatuhan (NCR) dan sebanyak lima Peluang Penambahbaikan (OFI). Ia merupakan satu lonjakan ketara berbanding audit tahun lepas, apabila ia menemukan […]

Bicara santai di Politeknik Jeli

JELI – Bersempena dengan minggu suai kenal Politeknik Jeli di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia telah mengadakan Program Bicara Dakwah khusus untuk para pelajar baharu di sini. Seramai 170 orang pelajar telah menyertai program ini yang diadakan di Auditorium Lanas Perdana di sini pada 3 Disember lalu pada jam 8.30 malam. Pengarah YADIM Zon Timur, […]

PBT boleh ambil tindakan sekolah tahfiz tak berdaftar

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta mengambil tindakan terhadap premis-premis sekolah tahfiz yang tidak mendaftar dengan mana-mana pejabat agama Islam negeri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa sekolah tahfiz yang berdaftar dengan pejabat agama perlu mendapat kelulusan PBT terlebih dahulu untuk beroperasi. “Jabatan agama […]

DUN Perak Lulus Usul Wujudkan Mahkamah Utama Syariah

IPOH – Perak menjadi negeri pertama yang mempunyai empat lapisan mahkamah syariah selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan usul bagi mewujudkan Mahkamah Utama Syariah. Ia bakal berfungsi sebagai mahkamah rayuan kedua selepas proses rayuan pertama dibuat di Mahkamah Rayuan Syariah. Timbalan Speaker DUN Perak, Aminuddin Zulkipli mengumumkan kelulusan Rang Undang-undang berkenaan Enakmen Mahkamah […]

Ustaz selebriti jangan sebar hadis palsu

BANDAR HILIR – Pendakwah bergelar ‘ustaz selebriti’ dinasihatkan memiliki amanah dan disiplin ilmu dalam menyampaikan ceramah melalui mana-mana platform bagi mengelakkan penyebaran sebarang hadis palsu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, disiplin ilmu itu membabitkan penguasaan bahasa Arab lebih baik, kefahaman maksud hadis atau ayat serta tafsiran tepat mengikut […]