Home » Citra Yadim » YADIM kekal MS ISO 9001:2015

YADIM kekal MS ISO 9001:2015

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  (YADIM) telah berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2015 selepas menjalani proses audit dengan AJA EQS CERTIFICATION (M) Sdn. Bhd (AJA)  hari ini (6 Disember).

Hasil audit menunjukkan Tiada Sebarang Ketidakpatuhan (NCR) dan sebanyak lima Peluang Penambahbaikan (OFI).

Ia merupakan satu lonjakan ketara berbanding audit tahun lepas, apabila ia menemukan 4 NCR dalam prosedur YADIM.

Pengarah Unit Audit dan Kualiti YADIM, Puan Najwa Najib berkata, ia adalah hasil  komitmen yang diberikan oleh Pengurusan Tertinggi, Pengarah, Duta Kawalan/Kualiti Sektor Pengurusan dan Operasi, Juruaudit Dalaman, pegawai dan kakitangan YADIM serta Unit Audit dan Kualiti selaku urus setia.

Sesi audit hari ini dijalankan oleh wakil AJA iaitu Cik Ezuana Ahmad serta Cik Nawal Aqilah.

Audit bersama AJA seterusnya akan diadakan pada tahun hadapan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *