Home » Citra Yadim » Bicara santai di Politeknik Jeli

Bicara santai di Politeknik Jeli

JELI – Bersempena dengan minggu suai kenal Politeknik Jeli di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia telah mengadakan Program Bicara Dakwah khusus untuk para pelajar baharu di sini.

Seramai 170 orang pelajar telah menyertai program ini yang diadakan di Auditorium Lanas Perdana di sini pada 3 Disember lalu pada jam 8.30 malam.

Pengarah YADIM Zon Timur, Yang Berbahagia Ustaz Mahadi Awang telah hadir dan berkongsi pengalaman dalam lapangan dakwah bersama para pelajar berkenaan.

Menurut beliau, program secara bicara santai bersama YADIM ini mengfokuskan kepada pembinaan sahsiah cemerlang,  di samping tugasan dakwah yang harus diambil berat oleh semua pihak termasuk belia atau pelajar.

Para pelajar turut didedahkan dengan gerak kerja dakwah yang dilaksanakan oleh YADIM dan diajak  aktif bersama,  khususnya melalui mekanisma Sahabat YADIM di Politeknik Jeli.

Mahadi menambah, adalah amat penting golongan muda hari ini menunjukkan sikap atau akhlak yang tinggi khususnya dalam menyantuni kumpulan pelajar bukan muslim agar persepsi negatif terhadap Islam akan terhakis.

Hadir sama pada program ini ialah Ustaz Mohd Shukeri Ismail, Pegawai Agama Politeknik Jeli merangkap Penasihat Sahabat YADIM Politeknik Jeli.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *