RAKAMAN TAKZIAH

Saya bagi pihak Yang Dipertua serta seluruh warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merakamkan takziah kepada Yang Berhormat Hj Mohd Anuar Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya atas berpulangnya ke Rahmatullah bonda beliau pada hari ini. Semoga Allah mengampuni Almarhumah, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama-sama para solihin. Kepada seluruh ahli keluarga almarhumah, semoga […]

Bukan Bumiputera dialu-alukan sertai TUDM

IPOH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) giat mempromosi pengambilan calon bukan Bumiputera bagi menarik lebih ramai golongan itu menyertai pasukan berkenaan. Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata pihaknya giat mengadakan pelbagai strategi pemasaran bagi mendorong pembabitan golongan itu untuk memilih kerjaya sebagai anggota TUDM. Katanya, pembabitan calon bukan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak […]

Makanan halal penekanan utama program Food Bank Malaysia

PULAU PINANG – Makanan halal kepada penerima program Food Bank Malaysia merupakan salah satu daripada komponen penting dalam undang-undang khas bagi melindungi penyumbang serta penerima bantuan program berkenaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana soal makanan halal amat sensitif kepada masyarakat negara ini dan menjadi […]

Dr M keluh sekolah kebangsaan lebih tekankan agama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengeluh sekolah kebangsaan lebih tekankan mata pelajaran agama, menyebabkan lepasan sekolah kurang mengetahui pelajaran yang berguna untuk pekerjaan. Berucap kepada alumni Kolej Sultan Abdul Samad malam tadi, Dr Mahathir berkata mutu pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan menurun, antaranya kerana kualiti guru dan kurikulum yang gagal […]

Perjelas Islam yang sebenar

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustaz Haji Nik Omar Nik Abdul Aziz memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Islam yang sebenar dijelaskan kepada rakyat. “Ia (Islam yang sebenar) berdasarkan kepada Al Quran dan hadis sahih, sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhamad SAW,” kata beliau. Nik Omar berkata […]