Home » Langit Terbuka » Makanan halal penekanan utama program Food Bank Malaysia

Makanan halal penekanan utama program Food Bank Malaysia

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, soal makanan halal amat sensitif kepada masyarakat negara ini dan menjadi kewajipan kepada kerajaan memastikan hanya makanan halal dan terbaik disumbangkan kepada masyarakat - Foto rmolsumsel.com

PULAU PINANG – Makanan halal kepada penerima program Food Bank Malaysia merupakan salah satu daripada komponen penting dalam undang-undang khas bagi melindungi penyumbang serta penerima bantuan program berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana soal makanan halal amat sensitif kepada masyarakat negara ini dan menjadi kewajipan kepada kerajaan memastikan hanya makanan halal dan terbaik disumbangkan kepada masyarakat.

“Dalam mesyuarat jemaah menteri saya telah membentangkan sasaran untuk mengadakan undang-undang ini paling cepat pada hujung tahun depan.

“Sebab sebelum kita gubal kita kena ambil pengalaman negara lain, seperti Perancis, Australia dan lain-lain tetapi kita kena letakkan acuan tempatan misalnya makanan halal dari dapur hotel yang boleh dinikmati oleh Muslim dan juga bukan Muslim,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri pelancaran program Food Bank Malaysia di sini.

Program Food Bank Malaysia itu akan diterajui oleh KPDNHEP dan bertujuan mengatasi pembaziran makanan serta secara langsung dapat mengatasi isu kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *