7,426 sijil halal dikeluarkan JAKIM sejak Januari 2018

PUTRAJAYA – Sebanyak 7,426 sijil pengesahan halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak Januari lalu hingga kini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata ia merangkumi tujuh skim pensijilan halal diperkenalkan JAKIM iaitu produk makanan dan minuman, barang gunaan, premis makanan, rumah sembelih, logistik, farmaseutikal dan kosmetik serta dandanan diri. Beliau berkata, sepanjang […]

YaPEIM wujud polisi pendedahan maklumat

KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan mewujudkan whistle blowing policy (polisi pendedahan maklumat) sebagai langkah memantau urus tadbir agensi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, setiap pegawai dan anggota dalam yayasan berkenaan boleh […]

Tiada kenaikan tol tahun depan

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara tahun depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembekuan kenaikan kadar tol itu membabitkan implikasi kewangan kerajaan berjumlah RM994.43 juta. Beliau berkata, Kabinet pada 12 Disember lalu bersetuju membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di […]

Garis 3 teras terajui dakwah YADIM

PUTRAJAYA – Menyedari tugas dan tanggungjawab besar untuk menerajui badan dakwah ini, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang baharu, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz telah menggariskan tiga teras utama dalam pentadbirannya. Teras pertama menurut beliau ialah mengubah pemikiran. Mengulas lanjut, beliau memberitahu ia mengenai Islam itu sendiri, supaya ramai faham tentang […]

Pertemuan ringkas dan penghargaan

PUTRAJAYA – Sebagai menghargai peranan dan sumbangan kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Yusri Mohamad dijemput hadir ke badan dakwah ini hari ini (27 Disember). Dalam satu majlis ringkas, mantan Yang Dipertua YADIM itu mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua yang baharu, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz di sini. Hadir sama ialah […]

PTPTN mampu beri pinjaman walaupun berdepan hutang peminjam lama

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih mempunyai dana dan mampu memberi pinjaman kepada generasi baru walaupun berdepan kekangan kewangan akibat tunggakan peminjam lama. Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, kemampuan institusi itu berbuat demikian berdasarkan sumber daripada institusi kewangan sedia ada. “20% daripada 1.8 juta peminjam tidak membuat bayaran langsung walaupun […]

Kempen Hari Hijab Sedunia 2019 bermula

NEW YORK – Kempen ‘Hari Hijab Sedunia 2019’ yang bertujuan menggalakkan wanita menyuarakan pilihan mereka memakai tudung, bakal dilancarkan, kata pengasas acara tahunan itu, Nazma Khan. “#FreeInHijab adalah hashtag yang sangat diperlukan sekarang ini dalam menangani situasi global di mana wanita yang memakai hijab dilabelkan oleh media sebagai tertindas dan secara simboliknya terpenjara. “Melalui hashtag […]