Home » Citra Yadim » Pertemuan ringkas dan penghargaan

Pertemuan ringkas dan penghargaan

PUTRAJAYA – Sebagai menghargai peranan dan sumbangan kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Yusri Mohamad dijemput hadir ke badan dakwah ini hari ini (27 Disember).

Dalam satu majlis ringkas, mantan Yang Dipertua YADIM itu mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua yang baharu, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz di sini.

Hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua YADIM yang baharu, Yang Berbahagia Ustaz Zolkharnain Abidin.

Satu simbolik majlis serah terima tugas juga diadakan di pejabat Yang Dipertua.

Nik Omar memaklumkan beliau akan melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan dalam usaha memperkasakan YADIM namun pada masa yang sama menghormati dan berterima kasih kepada keputusan keputusan yang terdahulu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *