Home » Langit Terbuka » YaPEIM wujud polisi pendedahan maklumat

YaPEIM wujud polisi pendedahan maklumat

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia berkata, setiap pegawai dan anggota dalam yayasan berkenaan boleh membuat laporan sekiranya mengetahui berlakunya sebarang urusan tidak sihat yang perlu dibanteras. - Foto The Rakyat Post

KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan mewujudkan whistle blowing policy (polisi pendedahan maklumat) sebagai langkah memantau urus tadbir agensi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, setiap pegawai dan anggota dalam yayasan berkenaan boleh membuat laporan sekiranya mengetahui berlakunya sebarang urusan tidak sihat yang perlu dibanteras.

Menurutnya, mereka boleh mengadukan perkara tersebut secara tersembunyi tanpa ada pendedahan identiti dan ia dilakukan secara profesional.

“Mereka akan menjadi peniup wisel dan red flag kepada salah laku pentadbiran dan juga kalau ada mana-mana lembaga yang mengambil kesempatan dan seumpamanya ada satu skim yang akan menjaga ketulusan dan keintegritian YaPEIM ini,” katanya pada dalam satu wawancara khas mengenai pelantikan beliau sebagai Pengerusi YaPeim yang baharu di sini hari ini.

Mohd. Daud dilantik untuk menerajui YaPEIM pada 1 November lalu merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie.

Amanie merupakan badan penasihat syariah yang kini berkhidmat di beberapa bandar utama di dunia.

Dalam pada itu, Mohd. Daud berkata, selepas menduduki kerusi sebagai pengerusi di YaPEIM sejak dua bulan lalu, beliau belum lagi menemui sebarang kes salah laku.

Katanya, pada masa ini, pihaknya sedang membuat penelitian di setiap peringkat bagi melihat pentadbiran yang lepas sama ada dari segi operasi dan termasuk projek-projek yang dikendalikan.

Tambah beliau, sekiranya ada berlaku sebarang pelanggaran dan ketidakjujuran sepanjang penelitian dibuat tindakan akan diambil berdasarkan undang-undang yang perlu. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *