Kerajaan bercadang perkenal cukai baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara dalam usaha membayar hutang negara yang tinggi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, kerajaan juga mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. “Ia cukai yang berbeza tetapi akan mengurangkan […]

TPM lakukan kunjungan istisyari, minta pandangan Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengadakan kunjungan istisyari (konsultasi) buat kali pertama kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Wan Azizah menerusi satu hantaran dalam laman Facebook berkata kunjungan yang berlangsung di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Kompleks Islam Putrajaya itu bertujuan untuk […]

‘Macamlah menteri agama ini bodoh sangat’

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang lebih berminat mengecam sesuatu perkara tanpa mengetahui kebenarannya. Ketika mengulas isu serbuan khalwat, Mujahid memberitahu, sesetengah pihak lebih berminat membaca tajuk berita terlebih dahulu dan membuat andaian sendiri tanpa mendapatkan kepastian mengenainya. “Daripada isu ini kita boleh lihat […]

NGO Malaysia dinasihat patuh arahan pihak Indonesia dalam misi di Palu

KOTA PALU – Pihak kedutaan Malaysia di Indonesia menasihati semua badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia agar mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia dalam misi kemanusiaan di Palu, Sulawesi. Timbalan Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, Zamshari Shaharan berkata, NGO perlu menyelaraskan operasi mereka dengan pihak berkuasa di Indonesia agar dapat menghantar bantuan kemanusiaan yang perlu […]

Kerajaan kaji kenaikan gaji

JOHOR BAHRU – Kerajaan akan mengkaji semula sama ada kenaikan gaji yang dijanjikan kerajaan sebelum ini dapat diteruskan atau tidak. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, kajian semula itu dilakukan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara pada ketika ini. “Perkara ini masih dalam kajian lagi, sebab itu semua bergantung kepada kewangan negara, […]

Malaysia jadi pilihan

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat pembelajaran Islam di Perlis yang diserbu Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 24 September lalu dipercayai dijadikan pusat penyebaran fahaman ideologi Salafi Jihadi di negara ini sejak lebih empat tahun lalu. Menurut sumber, kumpulan ekstremis yang dipelopori oleh Syeikh Muqbil Hadi Al Wadi’i itu mula mencari peluang untuk […]

The Star diberi 24 jam mohon maaf

KUALA LUMPUR  – Akhbar The Star perlu memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam kerana mengambil kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof di luar konteks sehingga memberikan impak negatif terhadap Ahli Parlimen Parit Buntar itu. Setiausaha Akhbar kepada Mujahid, Siti Zulaikha Zulkifli berkata, tindakan lebih tegas akan diambil jika permohonan […]

Mujahid dakwa tajuk akhbar tidak seperti yang dimaksudkan

PETALING JAYA – Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa tajuk akhbar The Star berhubung penguatkuasaan undang-undang kesalahan khalwat tidak seperti yang dimaksudkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata dia tidak pernah menyebut Putrajaya akan menghentikan pemeriksaan dan serbuan khalwat. Sebaliknya dalam temubual itu dia bercakap tentang “isu kesalahan dalam ruang awam dengan ruang peribadi. Saya […]

Rakyat Yaman berdepan ancaman kebuluran

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran dan kebimbangan terhadap empat juta rakyat Yaman yang berkemungkinan berdepan ancaman kebuluran sekiranya krisis kemanusiaan di negara itu berlanjutan. Penyelaras Kemanusiaan PBB di negara itu, Lise Grande dalam satu kenyataan berkata, kejatuhan nilai mata wang tempatan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan yang terpaksa dihadapi rakyat Yaman. Grande […]

Isnin ini saya jelaskan

KUALA LUMPUR -Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan beliau akan membuat kenyataan bagi menjelaskan isu berhubung penguatkuasaan jenayah khalwat, Isnin depan. Ketika ini beliau enggan memberikan kenyataan lanjut berkenaan laporan eksklusif akhbar tempatan yang memetik Mujahid sebagai berkata, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup, bukan […]