Home » Langit Terbuka » Mujahid dakwa tajuk akhbar tidak seperti yang dimaksudkan

Mujahid dakwa tajuk akhbar tidak seperti yang dimaksudkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau tidak pernah menyebut Putrajaya akan menghentikan pemeriksaan dan serbuan khalwat

PETALING JAYA – Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa tajuk akhbar The Star berhubung penguatkuasaan undang-undang kesalahan khalwat tidak seperti yang dimaksudkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata dia tidak pernah menyebut Putrajaya akan menghentikan pemeriksaan dan serbuan khalwat.

Sebaliknya dalam temubual itu dia bercakap tentang “isu kesalahan dalam ruang awam dengan ruang peribadi. Saya menimbulkan tentang salahguna kuasa dan pencerobohan ruang peribadi yang tidak menggambarkan kaedah dan cara Islam”.

“Kononnya dihentikan pada waktu malam, tidak diketuk pintu itu semua adalah tambahan daripada editor yang mengambil rumusan sendiri daripada kenyataan saya,” katanya lapor TV Alhijrah.

Beliau menggesa orang ramai merujuk wawancara dengan akhbar itu “yang lebih tepat dengan maksud” yang ingin beliau sampaikan.

Mujahid menjelaskan konsep nahi mungkar seharusnya tidak dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan semata-mata, tetapi juga dalam bentuk dakwah, pendidikan dan pembinaan keluarga.

Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam wawancara The Star berkata tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.- FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *