Home » Langit Terbuka » The Star diberi 24 jam mohon maaf

The Star diberi 24 jam mohon maaf

Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, tindakan lebih tegas akan diambil jika permohonan maaf itu tidak diterima dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR  – Akhbar The Star perlu memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam kerana mengambil kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof di luar konteks sehingga memberikan impak negatif terhadap Ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Setiausaha Akhbar kepada Mujahid, Siti Zulaikha Zulkifli berkata, tindakan lebih tegas akan diambil jika permohonan maaf itu tidak diterima dalam tempoh 24 jam.

“Saya menggesa pihak The Star memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menyebabkan kekeliruan dan permohonan maaf itu perlu disiarkan di akhbar berkenaan serta di portal mereka.

“Sekiranya perkara ini tidak dibuat dalam tempoh 24 jam, tindakan lebih tegas akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *