KUIM cadang anjur seminar antarabangsa bersama YADIM

Kedua pihak bertukar cenderamata

PUTRAJAYA – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), berhasrat menjadikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai rakan strategik menerusi penganjuran program-program yang berkaitan dengan bidang dakwah. Terbaharu, KUIM bercadang bekerjasama dengan YADIM menganjurkan sebuah seminar bertaraf antarabangsa yang dijadualkan berlangsung Ogos ini. Pengarah Institut Kajian Dakwah Nusantara (IKAD) KUIM, Yang Berusaha Muhd Norazam bin Nordin berkata […]

Jangan percaya propaganda tidak benar mengenai vaksin

Vaksin Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menggesa ibu bapa supaya mematuhi Jadual Imunisasi Kebangsaan dan tidak mempercayai propaganda tidak benar mengenai keburukan vaksin seperti digembar-gemburkan di media sosial. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya mengakui menerima banyak maklumat tidak sahih berkaitan dengan vaksin di laman media sosial. Malah, beliau berkata terdapat golongan serta […]

Bahaya fitnah langit terbuka

Ustaz Ahmad Awang

SELAYANG – Pendakwah zaman ini perlu memiliki ilmu yang cukup untuk menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi terutamanya ketika berdepan dengan ancaman fitnah langit terbuka. Agamawan, Yang Berbahagia Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang berkata, terdapat keperluan yang amat utama dalam kemampuan dan keperluan memahami cabaran zaman ini. Menurut beliau, fitnah di zaman teknologi ini hendaklah “di […]

Rakaman TMJ di YADIM

Poster program

PUTRAJAYA – Saluran Astro Oasis dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan rakaman rancangan Tazkirah Malam Jumaat (TMJ) pada 23 Januari 2019 (Rabu) ini. Rakaman tersebut akan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang di lobi Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, berhadapan Bilik Latihan YADIM. “Rakaman akan diadakan dalam dua slot, yang […]

Rakyat kini lebih berani melaporkan rasuah

Perdana Menteri

LUXEMBOURG (Vienna) – Kes rasuah meningkat di Malaysia disebabkan lebih banyak aduan diterima daripada rakyat yang tidak lagi takut melaporkan kegiatan rasuah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan, ini ada kaitan dengan dasar kerajaan yang melaksanakan strategi dan pendekatan telus dalam memerangi rasuah dan salah laku. “Kes rasuah yang dilaporkan bagaimanapun bukan berlaku semasa […]

Selepas larang atlet Israel, bendera Malaysia berkibar di Gaza

PETALING JAYA – Selepas Malaysia tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini, bendera Malaysia dilihat berkibar di Gaza sebagai tanda penghargaan oleh rakyat Palestin. Peminat bola sepak Palestin meraikan pendirian Malaysia dalam solidariti dengan mengibarkan bendera Malaysia di Stadium Yarmouk, salah satu stadium tertua di Kota Gaza, semasa perlawanan bola sepak pada Sabtu. Di sebelah […]