Ruslan Said dilantik Ketua Pengarah JAWHAR

PUTRAJAYA – Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ruslan Said dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) berkuatkuasa hari ini. Ketua Pengarah JAKIM Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, Ruslan juga pernah berkhidmat di beberapa Bahagian di JAKIM, Jabatan […]

Personaliti agama dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM

SEREMBAN – Personaliti agama yang sering muncul sebagai moderator Forum Perdana Hal Ehwal Islam TV1 dan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Mohd. Hariri Mohammad Daud, 35, dilantik Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu. Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan itu dipersetujui oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee […]

Rapatkan jurang miskin, kaya

PULAU PINANG – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, negara boleh berada dalam keadaan malapetaka sekiranya perbezaan antara golongan miskin dan kaya di negara ini menjadi semakin jauh. Malah, menurut beliau, adalah sesuatu yang bahaya juga apabila situasi kekayaan dan kemiskinan di negara ini dikaitkan dengan kaum-kaum tertentu. Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan Pusat […]

Jamin fungsi YADIM tetap terlaksana

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz memberi jaminan fungsi utama organisasi ini iaitu berdakwah akan tetap terlaksana. Menurut beliau, disebalik pelbagai dakwaan ke atas organisasi ini, terutamanya dalam perlantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA), pihaknya tetap positif teras utama gerak kerja iaitu berdakwah, […]