Home » Langit Terbuka » Ruslan Said dilantik Ketua Pengarah JAWHAR

Ruslan Said dilantik Ketua Pengarah JAWHAR

Ketua Pengarah Jakim berkata, berasaskan kepada pengalaman luas dan kelayakan yang dimiliki Ruslan dalam sektor Pengurusan Hal Ehwal Islam di negara ini, Jabatan Perkhidmatan Awam telah memperakukan pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah JAWHAR. - Foto Jakim

PUTRAJAYA – Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ruslan Said dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, Ruslan juga pernah berkhidmat di beberapa Bahagian di JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), JAWHAR dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Justeru, berasaskan kepada pengalaman luas dan kelayakan yang dimiliki Ruslan dalam sektor Pengurusan Hal Ehwal Islam di negara ini, Jabatan Perkhidmatan Awam telah memperakukan pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah JAWHAR.

“Beliau diharapkan dapat melaksanakan tugas dan amanah dengan cemerlang,” katanya.

Mohamad Nordin berkata Ruslan berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Indonesia dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau berkata, Ruslan juga pernah mengikuti Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam di Muslim Collage London, Latihan Kepimpinan di Westminster College London Dan Senior Executive Development Programe (SEDP) di Singapura. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *