Kesalahan hina agama masuk Kanun Keseksaan

Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR – Kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama akan dimasukkan dalam Kanun Keseksaan (Akta 574). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pindaan terhadap Akta 574 itu secara dasarnya mendapat persetujuan dan akan dibentangkan ke Kabinet, sebelum usul pindaannya dibawa pada sidang Dewan Rakyat, bulan depan. Katanya, pindaan […]

Wanita pertama urus kilang minyak sawit di dunia

PORT DICKSON – Jurutera Kimia, Nor Azian Anuar mencatat sejarah sebagai wanita pertama di dunia dilantik sebagai pengurus kilang memproses minyak sawit sekali gus memecahkan rekod kerjaya yang didominasi golongan lelaki sejak 100 tahun. Graduan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Sains Malaysia ini diberi kepercayaan oleh Sime Darby Plantations untuk menerajui Kilang Kelapa Sawit Tanah Merah, […]

Mengaku tidak bersalah hina nabi

SHAH ALAM – Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Shah Alam, hari ini (26 Februari), atas pertuduhan memuat naik komen yang menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook, Selasa lalu. Bagaimanapun, tertuduh, A Taneson, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali. Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan laman sosial […]

Henti sebar berita palsu mengenai Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meminta semua pihak menghentikan penyebaran berita palsu kononnya Tabung Haji (TH) diletakkan di bawah Kementerian Kewangan. Katanya, perkara itu tidak berlaku, malah TH masih kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Jelas beliau, TH telah dilemparkan dakwaan dan tuduhan bahawa bidang kuasa […]

1,000 hadiri Jamuan Muhibah Tahun baru Cina

SUBANG JAYA – Kira kira 1,000 orang tetamu hadir memeriahkan majlis Jamuan Muhibah Tahun Baru Cina yang diadakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chee Wen di sini. Para tetamu, baik Muslim dan bukan Muslim yang terdiri daripada penduduk sekitar, ahli ahli badan bukan kerajaan, para pelajar dan aktivis sosial mula hadir seawal jam 9 pagi […]

Tiada suntikan vaksin, tidak boleh ke sekolah

KUALA LUMPUR – Tiada suntikan vaksin, tiada sesi persekolahan bagi anak-anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru-baru ini, demikian saranan penggiat industri kesihatan. Saranan itu adalah antara gesaan mereka berikutan rancangan Kementerian Kesihatan untuk membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan. Presiden Persatuan Doktor Islam […]

Perlu CCTV di rumah ibadat

KOTA BHARU – Polis menyarankan pengurusan rumah-rumah ibadat di seluruh negara supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing kerana lokasi itu tidak terkecuali daripada menjadi sasaran penjenayah serta perbuatan sabotaj. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini pihaknya mendapati kebanyakan rumah ibadat sama ada surau, masjid, kuil, tokong atau […]