Home » Citra Yadim » 1,000 hadiri Jamuan Muhibah Tahun baru Cina

1,000 hadiri Jamuan Muhibah Tahun baru Cina

SUBANG JAYA – Kira kira 1,000 orang tetamu hadir memeriahkan majlis Jamuan Muhibah Tahun Baru Cina yang diadakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chee Wen di sini.

Para tetamu, baik Muslim dan bukan Muslim yang terdiri daripada penduduk sekitar, ahli ahli badan bukan kerajaan, para pelajar dan aktivis sosial mula hadir seawal jam 9 pagi ke dewan sekolah berkenaan.

Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) itu, dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf.

Majlis turut diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Hidayah Resource Centre dan Yayasan Taqwa.

YADIM yang diwakili oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin dan Pengarah Zon Selatan, Muhamad Ammar Abdullah, turut menghantar 20 orang sukarelawan untuk membantu kelancaran majlis.

Turut hadir ialah Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Nordin Ibrahim dan Presiden Macma, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, serta selebriti seperti Adam Corrie.

Yee Sang sepanjang 50 kaki, yang merupakan tarikan utama majlis, ditaja oleh rangkaian Restoran Mohd Chan.

Rangkaian restoran berkenaan turut menyampaikan sumbangan cek untuk membantu penganjuran program Konvensyen Cina Muslim anjuran MACMA pada April nanti.

Sementara itu, tetamu yang hadir dihiburkan dengan pertunjukan Wushu, persembahan kebudayaan, selain diselitkan dengan pemberian Ang Pau dan pertandingan kuiz.

Melalui penganjuran bersama majlis ini, YADIM berharap ia dapat memupuk semangat kebersamaan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, seperti mana yang diterapkan dalam Gagasan Rahmatan Lil Alamin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *