Telaga tiub Kampung Gayau berjaya

PANTU – Telaga tiub hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Amal Malaysia yang digali bagi tujuan membekalkan air bersih kepada penduduk Kampung Gayau di sini akhirnya berjaya menemui air hari ini (1 Mac 2019). Penyelaras Projek, Mohd Firdaus Mohd Rusli berkata, pasukan yang menjalankan kerja kerja di tapak, berjaya menemui air selepas […]

Cuaca panas: Sekolah diminta kurangkan aktiviti luar

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meminta semua sekolah supaya tidak menganjurkan aktiviti luar ekoran cuaca panas yang melanda negara kini. Beliau berkata, semua aktiviti luar tidak harus dilakukan kini kerana bimbang akan kesihatan pelajar terjejas. “Kita seru kepada sekolah supaya tidak menganjurkan program luar yang kerap kecuali mendung. “Kalau di waktu panas kita […]

Baik Buruknya Kita Tentukan

Oleh AFZAN SYUKRAN Saya bukanlah orangnya yang setia kepada satu saluran radio sahaja. Saya lebih suka menukar-nukar saluran yang dirasakan ‘enak’ sebagai halwa telinga. Selalunya saluran yang lebih banyak memutarkan lagu ataupun topik menarik yang diulas, itulah yang saya pilih. Kalau rasa siaran tersebut agak membosankan, saya akan mula menukar-nukar saluran sehingga bertemu dengan yang […]

Pemeriksaan pasport jemaah haji Malaysia dilaksana lebih awal

KUALA LUMPUR – Jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, tidak perlu lagi menunggu lama untuk pemeriksaan pasport di Arab Saudi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Zukri Samat. Beliau berkata, sistem prapelepasan yang dijadikan projek perintis pada tahun lepas, akan dilaksanakan sepenuhnya pada musim haji tahun ini. Katanya, melalui […]

JAKIM lancar tafsir al-Quran dalam e-Braille, bahasa Mandarin

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mewujudkan kerjasama bagi memasukkan Tafsir Pimpinan Ar Rahman ke dalam e-Braille untuk dimanfaatkan kepada orang kurang upaya (OKU) penglihatan bagi memahami dan menguasai al-Quran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, e-Braille adalah sebuah mesin taip […]

Kurikulum sekolah pondok, tahfiz terus diperkasa

BANGI – Kerajaan akan membangunkan Model Pondok Moden Malaysia sebagai inisiatif untuk menyelaras kurikulum sekolah pondok di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, buat masa ini model itu sedang dirangka oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Katanya ia dijangka berupaya menjadikan kurikulum pengajian pondok selari dengan pendidikan arus […]