Home » Langit Terbuka » Cuaca panas: Sekolah diminta kurangkan aktiviti luar

Cuaca panas: Sekolah diminta kurangkan aktiviti luar

Menteri Pendidikan tidak menggalakkan sekolah melaksanakan aktiviti luar dan meminta pelajar supaya minum banyak air ketika cuaca panas seperti sekarang. - Foto Kosmo

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meminta semua sekolah supaya tidak menganjurkan aktiviti luar ekoran cuaca panas yang melanda negara kini.

Beliau berkata, semua aktiviti luar tidak harus dilakukan kini kerana bimbang akan kesihatan pelajar terjejas.

“Kita seru kepada sekolah supaya tidak menganjurkan program luar yang kerap kecuali mendung.

“Kalau di waktu panas kita tidak galakkan sekolah membuat aktiviti luar dan gesa kanak-kanak supaya minum banyak air.

“Kepada ibubapa pesan kepada anak-anak mereka supaya menjaga kesihatan, banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar. Kesihatan amat penting kepada anak-anak,” katanya lagi.

Maszlee berkata demikian pada Majlis Pelancaran Anugerah Guru Inspirasi 2019 di Kementerian Pendidikan. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *