Home » Citra Yadim » Telaga tiub Kampung Gayau berjaya

Telaga tiub Kampung Gayau berjaya

Pam elektrik yang dipasang pada telaga tiub di Kampung Gayau, selepas air berjaya ditemui hari ini. - Foto Yayasan Amal Malaysia

PANTU – Telaga tiub hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Amal Malaysia yang digali bagi tujuan membekalkan air bersih kepada penduduk Kampung Gayau di sini akhirnya berjaya menemui air hari ini (1 Mac 2019).

Penyelaras Projek, Mohd Firdaus Mohd Rusli berkata, pasukan yang menjalankan kerja kerja di tapak, berjaya menemui air selepas melakukan 7 penggalian.

“Alhamdulillah air ditemui selepas penggalian pada kedalaman 35  kaki hari ini. Pasukan di Kampung Gayau sebelum ini telah 10 kali percubaan sebelum berjaya.  Terima kasih pada semua yang menjayakan projek ini,” ujar beliau.

Projek Water For Life Kampung Gayau bermula pada 2 November 2018 dengan tujuan membekalkan air bersih kepada surau dan penduduk di Kampung Gayau, terutamanya pada musim kemarau yang kebiasaannya melanda pada bulan Jun hingga Ogos.

Oleh yang demikian, kira kira 100 penduduk kampung terpaksa mendapatkan bekalan air dari sebatang sungai yang terletak kira kira 600 meter dari perkampungan mereka, namun ia diragui tahap kebersihannya.

Firdaus dan kakitangan YADIM sebelum ini telah beberapa kali ke tapak projek untuk belajar dan membantu kerja kerja penggalian, untuk diaplikasikan di kawasan kawasan lain sebelum ini.

Sementara itu,  Pengarah Projek dari Yayasan Amal Malaysia, Ir Nuzul Adzwan ketika dihubungi berkata, kerja kerja penggalian dan pemasangan pam selesai sekitar jam 3 petang hari ini.

“Rumah pam telah dipasang untuk melindunginya dari cuaca, manakala bekalan elektrik kita dapatkan dari surau kampung.

“Mungkin selepas ini perlu sedikit lagi kerja kerja pendawaian untuk pasang beberapa peralatan,” kata beliau.

Menurutnya lagi, pihaknya selepas ini akan mengajar penduduk untuk melakukan kerja kerja penyelenggaraan ringkas.

Yayasan Amal Malaysia menghantar empat tenaga kerja diketuai seorang pakar telaga tiub, Haji Mohd Embong dengan dibantu seorang penduduk tempatan dalam kerja kerja penggalian ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *