Tiga lelaki didakwa hina Nabi Muhammad, Islam

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki didakwa atas 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman sosial. Penganggur, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, mengaku bersalah, manakala penjaja, Chow Mun Fan, 43, dan pekerja kedai serbaneka, Danny Antoni, 28, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan […]

Jemaah perlu periksa kesihatan sebelum ke Tanah Suci

BANGI – Jemaah haji yang akan menunaikan ibadah berkenaan tahun ini, dinasihat melakukan pemeriksaan kesihatan lebih awal sebelum berangkat ke Tanah Suci. Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH) , Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata bakal jemaah perlu melakukan saringan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal sebelum berangkat. Ini kerana, […]

Unit Pemantauan Isu Menghina Islam : Tangani Dengan Rahmah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyifatkan langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Unit Pemantauan Isu Hina Islam sebagai satu tindakan telus dan proaktif dalam menangani isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam. Penubuhan unit berkenaan yang diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof itu, adalah […]

JAKIM bincang dengan KKM, KPM kajian wajibkan suntikan vaksin

MELAKA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan perbincangan dengan dua kementerian berhubung kajian terhadap kemungkinan mewajibkan hanya kanak-kanak yang sudah menerima suntikan vaksin imunisasi dibenarkan memasuki sesi persekolahan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata JAKIM akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meneliti cadangan itu bersama Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum sebarang […]

Danny A’antonio Jr hina Nabi sudah ditahan

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook, Danny A’antonio Jr yang didakwa memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad telah ditahan semalam. Dia akan direman hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Suspek berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama, […]