Home » Langit Terbuka » Danny A’antonio Jr hina Nabi sudah ditahan

Danny A’antonio Jr hina Nabi sudah ditahan

Ketua polis Negara mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman. - Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook, Danny A’antonio Jr yang didakwa memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad telah ditahan semalam.

Dia akan direman hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Suspek berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpecahan) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohamad Fuzi mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman hingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *