MAIWP memperuntukkan RM87 juta bantu asnaf

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) komited membantu golongan asnaf apabila memperuntukkan RM87 juta membabitkan sembilan skim bantuan zakat pendidikan bermula peringkat persekolahan hingga ke institusi pengajian tinggi (IPT) tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Fuziah Salleh berkata, MAIWP adalah agensi yang bertanggungjawab dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat. […]

Islam wajibkan pengambilan vaksin

KUALA TERENGGANU – Islam tidak menolak pengambilan vaksin sebaliknya tetap mewajibkan suntikan imunisasi itu bagi mencegah sebarang penyakit sekali gus mengelak kemudaratan. Malah Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan pengambilan vaksin adalah diwajibkan dalam kalangan masyarakat. Pegawai Hal Ehwal Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohammad Fahmi Rosli berkata, sebelum tahun 2016, penggunaan vaksin adalah […]

Tuan Kamarul Arief KPO baharu YADIM

PUTRAJAYA – Sebagai langkah memperkasakan operasinya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 1 April lalu melantik En Tuan Kamarul Arief bin Tuan Soh sebagai Ketua Pegawai Operasinya (KPO) yang baharu. Tuan Kamarul akan bertanggungjawab terhadap gerak kerja dan operasi lima sektor YADIM yang baru baru ini telah di struktur semula. Sebelum bertugas di YADIM, beliau […]

Pencarian Mohammad Asyraf perlu menepati syariat

GOPENG – Pencarian peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Asyraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu perlu dilakukan dengan doa, solat hajat serta memohon kepada Allah dan bukannya secara tidak menepati syariat. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, melalui cara tersebut ia diyakini mempunyai jalan penyelesaian daripada Allah. “Oleh itu […]

Fastabiqul Khairat YADIM pada 16 April ini

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan kerjasama TV Al Hijrah akan menganjurkan program ‘Fastabiqul Khairat’ bertempat di Dewan Sheikh Daud Al Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini pada 16 April ini (Selasa). Program bermula jam 9.30 pagi hingga 1 tengahari itu dijangka menghimpunkan lebih 200 peserta terdiri daripada aktivis badan bukan kerajaan, […]

Penjelasan berkaitan Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM

Kenyataan Media YADIM sudah melahirkan ratusan orang graduan Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM. Apakah FMD? 1.Felo Muda Dakwah atau dikenali sebagai FMD iaitu program kaderiasasi pendakwah yang sudah berlangsung sebanyak 8 siri semenjak lima tahun yang lalu. Setiap siri disertai oleh sekitar 30 – 40 orang anak muda lelaki dan wanita dari seluruh negara, bahkan […]