Home » Langit Terbuka » Islam wajibkan pengambilan vaksin

Islam wajibkan pengambilan vaksin

Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan pengambilan vaksin adalah diwajibkan dalam kalangan masyarakat. - Foto hiasan FB

KUALA TERENGGANU – Islam tidak menolak pengambilan vaksin sebaliknya tetap mewajibkan suntikan imunisasi itu bagi mencegah sebarang penyakit sekali gus mengelak kemudaratan.

Malah Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan pengambilan vaksin adalah diwajibkan dalam kalangan masyarakat.

Pegawai Hal Ehwal Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohammad Fahmi Rosli berkata, sebelum tahun 2016, penggunaan vaksin adalah harus di negara ini.

Bagaimanapun katanya, sesudah 2016, keadaan sudah berubah dan setelah mengambil kira pelbagai perkara termasuk statistik berdasarkan peningkatan kadar kematian dan penyakit,pengambilan vaksin telah diwajibkan.

“Pada asalnya (hukum) harus tapi keadaan telah berubah (selepas tahun 2016) dan sudah jadi wajib bagi mengelak kemudaratan. Keputusan atau hukum ini juga (wajib) adalah hasil daripada gabungan (persetujuan) semua pakar dalam bidang masing-masing.

“Bukan saja di Malaysia (Majlis Fatwa) malah kalangan ulama seluruh dunia termasuk di negara-negara Afrika, kewajiban ini menjadi asas dari sudut syarak,” katanya yang mewakili Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Forum Penyakit Cegahan Vaksin di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini hari ini (9 April).

Dua lagi panel ialah Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Kuala Abang, Dr. Suhazeli Abdullah dan Pengerusi Gabungan Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta), Zahid Mahmood.

Manakala Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzaman Abdullah bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, Zahid pula berkata, vaksin merupakan satu usaha atau ikhtiar yang boleh memberimanfaat kepada jasad manusia terutama berkaitan kerohanian.

“Benda yang mudah, kita mudahkan dan begitu juga yang susah, kita mudahkan mengikut syarak. Malah Majlis Fatwa juga sudah putuskan bahawa vaksin dah jadi keperluan, kenapa nak cari susah,” katanya. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *