Home » Citra Yadim » Fastabiqul Khairat YADIM pada 16 April ini

Fastabiqul Khairat YADIM pada 16 April ini

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan kerjasama TV Al Hijrah akan menganjurkan program ‘Fastabiqul Khairat’ bertempat di Dewan Sheikh Daud Al Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini pada 16 April ini (Selasa).

Program bermula jam 9.30 pagi hingga 1 tengahari itu dijangka menghimpunkan lebih 200 peserta terdiri daripada aktivis badan bukan kerajaan, kakitangan agensi agama Islam, sahabat YADIM, ahli Sukarelawan Al Rahmah dan sebagainya.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz Nik Omar Bin Nik Ab Aziz akan menyampaikan ucaptama dalam program ini sebelum acara diteruskan dengan pelancaran buku yang akan disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Majlis kemudiannya akan diteruskan dengan sesi forum bertajuk ‘Malaysia Negara Rahmah’.

Moderator bagi forum ini ialah pendakwah bebas terkenal, Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, manakala ahli panel terdiri daripada Mufti Wilayah Persekutuan sendiri, serta Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Datuk Dr Daud Bakar.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *