Home » Citra Yadim » Tuan Kamarul Arief KPO baharu YADIM

Tuan Kamarul Arief KPO baharu YADIM

Tuan Kamarul (kanan) yang dilantik pada 1 April akan bertanggungjawab terhadap gerak kerja dan operasi lima sektor YADIM yang baru baru ini telah di struktur semula.

PUTRAJAYA – Sebagai langkah memperkasakan operasinya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 1 April lalu melantik En Tuan Kamarul Arief bin Tuan Soh sebagai Ketua Pegawai Operasinya (KPO) yang baharu.

Tuan Kamarul akan bertanggungjawab terhadap gerak kerja dan operasi lima sektor YADIM yang baru baru ini telah di struktur semula.

Sebelum bertugas di YADIM, beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Semasa berkhidmat di sana, beliau antaranya bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras polisi, strategi, program dan projek  yang berkaitan sektor pendidikan tinggi negara.

Tuan Kamarul Arief berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran turut pernah berkhidmat sebagai Kaunselor Pertanian Malaysia di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pada 2010 hingga 2015. Antara kejayaannya dalam jawatan ini termasuklah membantu meningkatkan nilai komoditi eksport agro makanan Malaysia  ke rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.

Selain daripada itu beliau turut dilantik sebagai Ahli Kumpulan Pakar Penubuhan Pejabat Keselamatan Makanan OIC.

Selain daripada itu, sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pembasmian Kemiskinan ICU JPM sebelumnya, beliau turut terlibat dalam mewujudkan  sistem eKasih yang mendapat pengiktirafan PBB.

Tuan Kamarul merupakan pemegang Sarjana Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pengkhususan dalam bidang Ekonometrik dan Ekonomi Antarabangsa.

Beliau turut pernah mendapat latihan dalam Program Pembangunan Pengurusan Kanan (SMDP) di Harvard Busines School, dan merupakan lulusan Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan (Kepujian) Universiti Malaya.

YADIM bukanlah satu organisasi yang asing bagi beliau yang pernah terlibat sebagai salah seorang tenaga pengajar Sukarelawan Al Falah (kini Rahmah)

Dengan kemahiran dan pengalamannya, kemasukan Tuan Kamarul diyakini akan dapat melicinkan jentera pentadbiran YADIM serta membantu gerak kerja badan dakwah ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *