Majlis Halal Negeri Johor ditubuhkan

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menubuhkan Majlis Halal Negeri Johor yang berkuatkuasa pada 20 Mac lalu. Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, penubuhan majlis itu bertujuan merangka dasar-dasar berkaitan persijilan halal di Johor agar semua industri memiliki sijil pengesahan halal Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. “Kerajaan Negeri […]

Dosa buang bayi di masjid tetap sama – Mufti Pulau Pinang

GEORGETOWN – Perbuatan membuang bayi merupakan dosa besar dalam agama Islam walaupun insan tidak berdosa itu dibuang di tempat suci seperti masjid. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan tersebut tetap berdosa sama ada bayi itu ditinggalkan di dalam masjid, stesen bas atau dalam tandas. Menurutnya, perasaan ingin orang […]

Badan-badan Islam harus waspada dengan anasir kumpulan pengganas

KUALA LUMPUR – Semua badan-badan Islam harus berwaspada terhadap sebarang anasir golongan fanatik yang memupuk ideologi keganasan serta bergerak mempergunakan nama Islam. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia selaras dengan pegangan Islam yang membawa mesej kerukunan serta menentang segala bentuk keganasan. “Saya mengutuk keras tindakan kumpulan militan Daesh yang mengaku melakukan siri serangan bunuh diri […]

Kadar zakat fitrah di Kedah kekal RM7

ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan kadar zakat fitrah diwajibkan kepada umat Islam di Kedah tahun ini kekal dengan kadar minimum RM7 seorang. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman berkata, penetapan itu mengikut harga bagi timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg). Bagaimanapun, Syeikh Zakaria berkata, golongan […]

Mat Sabu gesa dunia bentuk rangkaian siber lawan ‘khalifah maya’

PETALING JAYA – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menggesa kerajaan serata dunia bersama mewujudkan suatu rangkaian pertahanan siber bagi melawan “khalifah maya”, atau perkumpulan pengganas yang bergerak di ruang siber dan menggugat keamanan dan keselamatan antarabangsa. Dalam ucapannya di Moscow, Rusia sempena Persidangan Keselamatan Antarabangsa Moscow ke-8, Mohamad mengingatkan hadirin bahawa pengganas yang melarikan diri dari […]

MRA teruskan tradisi bantu orang miskin sepanjang Ramadhan

KUALA LUMPUR – Malaysian Relief Agency (MRA) kini melancarkan kempen “Dekat di Mata, Lekat di Hati” bagi mengumpul sebanyak mungkin dana untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin sepanjang Ramadan ini. Presidennya, Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata pihaknya meletakkan sasaran untuk mengutip sekurang-kurangnya RM500,000 menerusi kempen berkenaan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan sama ada […]

Jangan promosi Buffet Ramadan tanpa miliki sijil halal

SHAH ALAM – Pengusaha industri makanan dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan mempromosi ‘Buffet Ramadan’ tanpa memiliki Pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya memandang serius penyalahgunaan ungkapan atau penandaan halal kerana ia boleh mengelirukan umat Islam. “Penyalahgunaan ungkapan atau penandaan halal […]

MB nafi galak jual ayam tidak halal

SEREMBAN  – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menggalakkan penjualan ayam tidak halal di Negeri Sembilan. Beliau berkata, jawapan bertulisnya berkaitan isu halal dan kebersihan ayam segar di pasar raya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 24 April telah diberi tafsiran tidak tepat oleh pihak media. Tambahnya, komen-komen […]