Home » Langit Terbuka » Majlis Halal Negeri Johor ditubuhkan

Majlis Halal Negeri Johor ditubuhkan

Majlis Halal Negeri Johor yang berkuatkuasa pada 20 Mac lalu, ditubuhkan melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor. - Foto JAIJ

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menubuhkan Majlis Halal Negeri Johor yang berkuatkuasa pada 20 Mac lalu.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, penubuhan majlis itu bertujuan merangka dasar-dasar berkaitan persijilan halal di Johor agar semua industri memiliki sijil pengesahan halal Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan Negeri Johor menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan Tuanku dengan penubuhan Majlis Halal Negeri Johor di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

“Justeru, kerajaan negeri mengalu-alukan semua industri agar mendapatkan persijilan halal bagi memastikan masyarakat mendapat perkhidmatan produk yang terjamin lagi halalan toyyiban,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada ketika berucap dalam Majlis Multaqa Ulama Kali Ke-7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini sebentar tadi.

Tungku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mewakili Sultan Johor merasmikan majlis berkenaan. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *