Kenyataan tidak berasas isu kuota haji boleh jejas hubungan Malaysia, Arab Saudi

PARIT BUNTAR – Semua pihak diminta tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas berkaitan kuota haji negara ini hingga boleh menjejas hubungan baik antara Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi. Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, penetapan kuota haji dan pemberian kuota tambahan berdasarkan rayuan adalah hak Arab Saudi. […]

Peluang pelajar tahfiz jadi imam Tarawih

IPOH – Kerajaan negeri akur dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang tidak membenarkan imam-imam dari luar negara menjadi imam solat tarawih di semua masjid di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, titah baginda perlu dipatuhi oleh semua pihak pentadbir masjid […]

Jangan jadikan masjid tempat tanam politik kebencian

PARIT BUNTAR – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menjadikan masjid sebagai tempat untuk menanamkan politik kebencian pada bulan Ramadan yang akan disambut tidak lama lagi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata ia perlu bagi memastikan masjid bebas daripada politik kepartian dan pengaruh yang boleh memecahbelahkan umat Islam […]

Wan Azizah seru jadikan Ramadan medan latihan hormati kaum dan agama

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar menjadikan Ramadan sebagai satu medan latihan untuk hormat menghormati di antara kaum dan agama. Beliau berkata, ia termasuklah melatih diri untuk bersabar dan tidak mudah ‘melatah’ apabila berdepan dengan provokasi khususnya di alam siber yang boleh menyebabkan ketegangan […]

Ibu lain agama teman anak daftar tahfiz

KUALA KUBU BHARU – Kasih sayang ibu terhadap anaknya tiada batasan meskipun mereka berlainan pegangan agama. Ketika anaknya mendaftar sebagai pelajar tahfiz, seorang suri rumah, Ang Bee Cheng, 48, hadir menemani bagi menguruskan pendaftaran tersebut. Anak sulung daripada tiga beradik, Tan Mike Foong , 23, merupakan pelajar mualaf yang berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama […]